- Menurut teori ini, apabila magma yang panas dari lapisan mantel tertolak naik ke lapisan kerak bumi (dasar laut), mengisi ruang rekahan yang dihasilkan oleh sempadan pencapahan di dasar laut.
- Magma ini akan membeku dan seterusnya membentuk permatang dasar lautan.
- Proses yang berterusan, rekahan menjadi semakin besar, magma berterusan keluar dan membeku.
Perebakan dasar laut |
- Kesannya dasar lautan yang lama akan tertolak ke sebelah bagi membolehkan dasar lautan yang baru terbentuk.
- Dasar laut dikatakan telah mengalami proses rebakan.
- Teori ini dibuktikan dengan kajian terhadap batuan di dasar lautan.
- Batuan yang terletak berhampiran dengan permatang lautan didapati lebih muda berbanding dengan batuan yang terletak lebih jauh daripada permatang lautan.
- Mengikut Teori Plat Tektonik, lapisan kerak bumi boleh dibahagikan kepada kepingan-kepingan yang dikenali sebagai plat.
- Terdapat plat benua dan plat lautan. 7 plat benua yang besar seperti Plat Pasifik, Plat Amerika Utara, Plat Amerika Selatan, Plat Eurasia, Plat Afrika, Plat Indo-Australia dan Plat Antartika.
- Manakala plat benua yang kecil seperti Plat lain.Nazca, Plat Cacos, Plat Filipina, Plat Karibia, Plat Arab, Plat Scotia dan lain-lain.
- Plat Lautan adalah seperti Plat Pasifik dan Plat Antartika.
- Plat-plat ini sentiasa bergerak disebabkan adanya arus perolakan magma panas di lapisan astenosfera. Pergerakan plat berlaku sangat perlahan dan plat bergerak pada arah yang berbeza-beza antara satu sama lain.
- Plat-plat ini boleh bergerak dengan 3 cara iaitu secara pertembungan, pencapahan atau pemisahan dan secara perselisihan.
Pertembungan, pencapahan dan perselisihan plat |
- Ia berlaku apabila dua plat bertembung antara satu sama lain.
- Pertembungan ini melibatkan plat benua dengan plat benua; plat lautan dengan plat lautan atau plat benua dengan plat lautan.
- Apabila dua plat lautan yang bertembung, plat yang tumpat akan terjunam ke bawah.
- Di zon ini terbentuk jurang lautan yang sangat dalam seperti Jurang Mindanao di Filipina yang terhasil menerusi pertembungan Plat Psifik dengan Plat Filipina.
- Plat yang terbenam ke bawah ini akan membentuk magma setelah mengalami pencairan dan peleburan akibat suhu dan tekanan yang tinggi di lapisan mantel.
- Magma yang panas dan cair ini akan bergerak ke luar permukaan keak bumi di dasar lautan membentuk barisan-barisan gunung berapi di dasar laut.
- Melalui proses ataman bumi, gunung berapi ini akan muncul di permukaan laut membentuk pulau dan rangkaian gunung berapi seperti di Kepulauan Jawa (Indonesia), Kepulauan Filipina dan Kepulauan Jepun.
- Apabila plat lautan bertembung dengan plat benua, plat lautan yang lebih tumpat akan terbenam ke bawah.
- Di zon benam, plat lautan akan mencair dan membentuk magma.
- Jurang lautan terbentuk di sepanjang sempadan pertembungan antara plat lautan dengan plat benua.
- Manakala di bahagian plat benua kerak bumi akan termampat. Proses mampatan ini akan menghasilkan gunung lipat yang selari dengan jurang lautan tersebut.
- Jika terdapat rekahan di gunung lipat, magma akan keluar sebagai fenomena gunung berapi. Pertembungan antara Plat Nazca dengan Plat Amerika Selatan menghasilkan Jurang Peru-Chile dan Banjaran Andes sebagai gunung lipat.
- Apabila plat benua bertembung dengan plat benua, maka pinggir kedua-dua benua tersebut akan termampat dan terlipat lalu membentuk banjaran gunung lipat.
- Tidak ada plat yang terjunam ke bawah kerana kedua-dua plat benua mempunyai ketumpatan yang sama.
- Pertembungan Plat Indo-Australia dengan Plat Eurasia telah menghasilkan Sistem Pergunungan Himalaya
b). Pencapahan plat
- Plat-plat akan berpisah dan bergerak menjauhi antara satu sama lain.
- Pencapahan menghasilkan tegangan yang kuat pada lapisan kerak bumi, kesannya kawasan sempadan pencapahan yang akan merekah. Ini telah menyebabkan wujud satu garisan kelemahan pada kerak bumi, magma yang panas akan mengalir keluar.
- Jika plat lautan yang mengalami pencapahan ini, maka magma akan mengalir keluar, menyejuk dan membeku di dasar laut membentuk lapisan kerak bumi yang baru dan dikenali sebagai permatang tengah lautan.
- Contohnya Permatang Tengah Lautan Atlantik yang berada di tengah lautan Atlantik.
c). Perselisihan plat
- Pergerakan plat tektonik juga berlaku secara berselisih di sepanjang garis gelinciran. Ia juga dikenali sebagai sempadan neutral.
- Fenomena yang sering berlaku di kawasan ini ialah gelinciran dan gempa bumi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.