Wednesday, September 14, 2011

GEOMORFOLOGI LEMBANGAN SALIRAN

HAKISAN 
KONSEP HAKISAN 

  • Proses penghausan yang dialami oleh permukaan bumi akibat adanya agen-agen yang bergerak seperti air mengalir, ombak, arus, cairan glasier, angin & lain-lain.
  • Terdapat 2 konsep hakisan iaitu :
  • hakisan geologi
  • hakisan tanih 
i. HAKISAN GEOLOGI @ HAKISAN SEMULA JADI
  • Proses ini berlaku secara perlahan-lahan & mengambil masa yang lama.
  • Melibatkan keseluruhan muka bumi.
ii. HAKISAN TANIH
  • Proses hakisan yang berpunca daripada manusia apabila manusia mengganggu keadaan semulajadi alam sekitar.
  • Hakisan geologi yang dipercepatkan & dijanakan oleh manusia.  
PROSES HAKISAN
i. Galur
ii. Percikan air hujan
iii. Galir

i. HAKISAN GALUR
  • Hampir sama dengan hakisan larian air permukaan. 
  • Dibentuk oleh satu hujan lebat & terhapus oleh hujan lebat berikutnya. 
  • Gegalur ini berubah dari masa ke semasa.   
  • Contoh gegalur yang mudah dikenali ialah di tepi cerun bukit yang sudah dipotong @ ditarah oleh manusia seperti di tepi lebuh raya.
  • Merupakan satu unit alur yang paling kecil terbentuk di atas permukaan cerun dan bersifat sementara.
  • Merujuk kepada hakisan di kawasan permukaan cerun yang lebih meluas.
  • Permukaan cerun tersebut bukanlah bersifat licin & rata.
  • Ia terdiri daripada alur air yang kecil yang dikenali sebagai gegalur. 
  • Proses hakisan permukaan bersama-sama dengan limpahan air berlaku di dalam gegalur

ii. Hakisan percikan air hujan


  • Bermula dengan titisan air hujan yang menimpa tanih.
  • Setiap titisan air hujan ini mempunyai tenaga kinetik & tenaga potensi yang tinggi untuk melonggarkan struktur tanih & juga mencungkil partikel tanih. 
  • Jika titisan hujan besar halajunya tinggi & hujan tersebut adalah lebat. 
  •  Impak setiap titisan hujan terhadap tanih berlaku dalam 3 keadaan:
  • Pencungkilan partikel tanih.
  • Melonggr & merosakan ikatan antara butiran tanih
  • Percikan bertindak sebagai agen pengangkutan partikel & butiran tanih yang sudah longgar

iii. HAKISAN GALIR

  • Merujuk kepada alur-alur air yang kekal, 
  • Bertebing curam dan berisi air semasa hujan lebat. 
  • Alur menjadi tempat air mengalir di dalam alur-alur yang besar dan kekal ini berlangsung pelbagai jenis mekanisme hakisan sungai seperti hakisan larut, hakisan hidrolik, hakisan lagaan serta hakisan kikisan atau geselan 

 HAKISAN GALUR DAN LARIAN AIR PERMUKAAN (run-off)

  • Dikenali sebagai larian horton.
  • Merupakan hakisan yang dihasilkan daripada baki air yang tertinggal di permukaan setelah ditolak dengan yang tersejat ke udara, meresap ke dalam bumi dan juga yang digunakan oleh tumbuhan selepas kerpasan berlaku.
  • Keupayaan larian air permukaan untuk menghakis adalah disebabkan ia memiliki tenaga potensi dan tenaga kinetik.
  • Bukti utama hakisan larian air: 
  • Kesan-kesan gegalur yang terdiri daripada kelaran dan lurah kecil yang menjadi laluan air mengalir. 
  • Berlaku melalui beberapa cara iaitu larian permukaan, larian sub-permukaan, larian tepu dan larian air.  

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR HAKISAN LARIAN AIR PERMUKAAN
  • Kuantiti air hujan dan bentuk hujan 
  • kecerunan 
  • Geologi dan kadar susupan tanah
  • Tumbuhan

i. Kuantiti hujan dan bentuk hujan

  • bekalan air hujan yang banyak akan menambahkan lagi tenaga potensinya untuk menghakis 
  • Bagi larian jenis tepu dan aliran intra kuantiti air  yang banyak tidak semestinya menambahkan kuasa hakisan sebaliknya semakin berkurangan. 
  • Jika larian air tersebut sudah mencapai keperingkat tepu, maka penambahan hujan tidak mampu mencampurkan bahan tanih dengan air, liang2 pori tanih kesemuanya sudah dipenuhi oleh air. 
  • Dua bentuk hujan yang mempengaruhi iaitu hujan lebat dalam masa yang singkat dan hujan yang perlahan.  
  • Bagi hujan yang perlahan,dalam jangka masa yang lama,ia tidak boleh menghasilkan kadar hakisan larian air,permukaan yang kuat kerana setiap titisan hujan tersebut mempunyai ruang masa tangguhan untuk meresap masuk kedalam tanah 
  • Hujan yang lebat dalam jangka masa yang singkat, kadar hakisannya adalah tinggi ekoran daripada ia tidak berkesempatan untuk meresap kedalam tanah sebaliknya lebih cepat mengalir di atas permukaan cerun. 
ii. Pengaruh geologi dan kadar susupan tanah
  • Membentuk satu permukaan cerun amat penting dalam menentukan kadar hakisan larian air permukaan. 
  • Mempengaruhi kadar susupan atau infiltrasi air hujan. 
  • Kepesatan infiltrasi ini berkait rapat dengan ciri2 geologi seperti keporosan,peratus liang pori,struktur dan rekahan. 
  • Kadar susupan dengan kadar larian air permukaan umumnya mempunyai hubungan songsang. 
  • Jika kadar susupan tinggi,larian air permukaan menjadi rendah maka larian air permukaan pula menjadi tinggi.  
  • Berbeza dengan tanah liat yang mempunyai peratusan liang pori yang sedikit dan sifatnya yang lembut mengurangkan kadar susupan sebaliknya menambahkan pula kadar hakisan larian air permukaan. 
  • Walaupun peratus liang porinya rendah, ia tetap menghasilkan kadar larian air permukaannya sedikit berikutan daripada sifat kekerasan yang amat sukar dihakis

iii. Pengaruh faktor kecerunanan  
  • 2 elemen
  • Cerun curam
  • Cerun landai
  • Semakin curam sudut cerun maka halaju pergerakan larian air permukaan semakin tinggi sekaligus semakin giat hakisannya.
  • Keadaan sebaliknya brlaku apabila cerun itu semakin landai. 
iv. Pengaruh faktor tumbuhan  
  • Tunbuhan berfungsi untuk menutupi & mlindungi cerun daripada ditimpa air hujan & dihakis-angkut oleh hakisan tersebut
PENJANAAN HAKISAN TANIH
  • Proses hakisan tanih berlaku secara semula jadi tetapi kadarnya dipercepatkan oleh manusia sendiri.Antara jenis yang mempercepatkan kadar hakisan tanih ialah aktiviti penyahutanan seperti:
  • Pembalakan 
  • Pertanian ladang dan pertanian pindah 
  • Ragutan berlebihan dan pindah ternak 
  • Pemotongan, peneresan dan perataan cerun bukit
  • Fenomena ini telah melibatkan pemusnahan hutan secara besar-besaran.
  • Ini akan menyebabkan tumbuhan semula jadi yang musnah tidak boleh berfungsi untuk memintas setiap titisan hujan yang turun. 
  • Aktiviti pertanian juga boleh mempercepatkan kadar hakisan cerun.Contohnya pembajakan dan perataan cerun untuk tanaman teh.
  • Amalan pertanian tanpa teres/kontur,tanpa tanaman tutup bumi dan tanpa membina sistem perparitan yang baik akan memudahkan pergerakan larian air permukaan secara meluas untuk menghakis permukaan cerun secara besar-besaran. 
  • Cerun-cerun bukit di kawasan tanah tinggi juga sering kali dipotong, ditarah dan diratakan untuk dibina kawasan kediaman mewah.
  • Cerun-cerun bukit berkenaan tidak lagi mempunyai tumbuhan pelindung, struktur tanihnya longgar,kaki cerun menjadi tidak stabil dan kesemua ini memudahkan hakisan galur serta larian air permukaan bertindak untuk menghakis, mengangkut dan menipiskan lapisan tanih dipermukaan cerun berkenaan.
  • Aktiviti mengubah,melurus, dan memperdalamkan lurah serta alur-alur sungai boleh meningkatkan kadar hakisan sungai tersebut. Misalnya apabila alur sungai dilurus dan diperdalamkan maka halaju aliran sungai akan meningkat. 
  • Peningkatan ini akan menambahkan tenaga kinetik sungai tersebut untuk menghakis tebing-tebingnya. Hakisan lateral atau pelebaran tebing akan berlaku, seterusnya tebing-tebing sungai itu akan runtuh.   
LANGKAH PENGAWALAN HAKISAN 
  • Usaha mengawal dan mengurangkan kadar hakisan tanih boleh dilakukan dengan mengadunkan 3 langkah berikut:  
  • Langkah perundangan.

  • Meliputi langkah penguatkuasaan undang2, pemantauan dan pelaksanaan hukuman. 
  • Langkah pengurusan yang strategik 

  • Langkah agronomi iaitu menanam tumbuh-tumbuhan pelindung. 
  • Menanam tanaman tutup bumi.langkah ini bersifat sementara dan tujuannya untuk memulihara tanih. 
  • Melaksanakan kaedah tanaman berteres atau berkontur di cerun-cerun bukit. 
  • Membina sungkupan dengan mengguna sisa-sisa tanaman atau yang paling popular ialah sungkupan plastik. 
  • Pembinaan benteng di kaki cerun yang boleh terdiri daripada tembok konkrit atau gabion (sangkar dawai yang diisikan batu) 
  • Pembinaan struktur penstabil di permukaan cerun 
  • Membina laluan air seperti sistem perpaipan sebagai air buangan cerun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.