Konsep & pengezonan ekosistem hutan bakau
- Ekosistem bakau boleh didapati di perantaraan muara & daratan, & keadaan airnya adalah payau.
- ekosistem bakau adalah penting kerana sifatnya yang dinamis yang sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa & dari musim ke musim.
- Komuniti utama bakau ialah Rhizophora (pokok bakau kurap & bakau minyak), keluarga Avicennia(pokok api-api), keluarga Sonneratia (pokok perepat, gedahu,& berembang) & juga Bruguiera (pokok berus,tumu & mata buaya).
- Taburan & jenis pokok bakau yangg hidup di zon litoral adalah tidak seragam.
- Perbezaan ini disebabkan pengaruh banjir pasang-surut air laut menyebabkan setiap zon mengalami perubahan-perubahan tertentu.
Komponen biotik & abiotik dalam ekosistem hutan bakau
- Komponen biotik; tiga jenis pokok bakau yang utama iaitu Rhizophora, Sonneratia & Bruguiera yang mendominasikan komponen biotik dalam ekosistem hutan bakau.sesetengah haiwan ini dikenali sebagai hidupan dua alam yang boleh di dalam air & di daratan. Selain itu, sesetengah kawasan hutan bakau dihuni oleh haiwan primat.
- Komponen abiotik: komponen bukan hidupan meliputi air payau, udara(oksigen),tanah seperti lumpur yang terhasil dari mendapan oleh ombak & sungai serta bahan-bahan nutrien @ mineral yang telah direput. Zon hutan bakau dianggap sebagai ‘zon makanan’ bagi pelbagai spesis.
Rantaian/siratan makanan dalam ekosistem hutan bakau
- Ekosistem hutan bakau mempunyai rantaian & siratan makanannya yang tersendiri.
- Pokok bakau merupakan pengeluar makanan utama dalam ekosistem hutan bakau.
- Pokok bakau membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis setelah mendapat tenaga dari matahari.
- Hidupan dua alam ini mendapat sumber makanan dair dedaun & buah pokok bakau yang gugur & jatuh ke tanah.
- Apabila serasah daun bakau ini jatuh ke dalam air maka ia akan diuraikan oleh mikrorganisma seperti bakteria & fungi untuk menjadi nutrien.
- Nutrien menjadi sumber makanan pengguna primer dalam ekosistem bakau.
- Pengguna primer akan mnjdi sumber makanan kepada pengguna sekunder yang lain.
- Zooplankton juga memainkan peranan yang penting dalam rantaian makanan ekosistem bakau ini.
- Ia menjadi penghubung antara pengeluaran primer dengan pengeluaran tertier.
Kepentingan ekosistem hutan paya bakau
- Menstabilkan muara sungai & persisir pantai. Pokok bakau yang berakar berceracak & tumbuh dengan padat dapat mengurangkan pengaliran sedimen (bahan enapan)dari kawasan muara & pantai.
- Berfungsi sbg zon penampan semulajadi untuk mengurangkan @ mencegah hakisan pantai oleh ombak, angin & arus.
- Penapis bahan pencemar. Hutan paya bakau berupaya menyerap bahan pencemar seperti sebatian nitrogen & sebatian fosforus.
- Menjadi habitat pelbagai jenis hidupan air & daratan. Fungsi hutan bakau sebagai tempat perlindungan & pembiakan pelbagai jenis udang, ketam, kepah, tiram & ikan.
- Mengekalkan keseimbangan oksigen dengan karbon dioksida setempat. Tumbuhan bakau yang menghijau menyerap karbon dioksida & membebaskan oksigen menerusi proses fotosintesisnya.
- Kepada manusia ekosistem bakau juga memainkan peranan yang penting. Antaranya ialah;
- sumber kayu arang & kayu api.
- Bahan binaan seperti cerucuk & pancang kayu dalam pembinaan benteng & jambatan.
- Merupakan sumber perubatan.
- Sumber makanan yang menghasilkan pendapatan tambahan kepada nelayan pantai.
- Ekosistem hutan bakau diubah menjadi kolam ternakan akuakultur.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.