Saturday, September 17, 2011

SISTEM EKOLOGI

TEMA : SISTEM EKOLOGI 

Konsep Ekosistem
  • Satu komuniti organisma yang berinteraksi antara satu dengan lain dan alam sekitarnya. 
Komponen biotik
  • Komponen yang terdiri daripada organisma hidup yang terdiri daripada pengeluar, pengguna dan pengurai.
Komponen abiotik
  • Terdiri daripada benda bukan hidup yant termasuk pelbagai jenis gas, air dan galian. 
Kitar nutrien
  • Kitar nutrien ialah aliran yang berterusan unsur dan bahan kimia seperti oksigen, karbon , nitrogen dan air yang terdapat dalam sesuatu ekosistem.  
Rantaian makanan

  • Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dan beberapa jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang aliran satu hala.
1. Pengeluar  
  • Tumbuhan yang merupakan autotrof yang boleh membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.
2. Pengguna  
  • Kumpulan heterotrof iaitu organisma hidup yang bergantung kepada pengeluar atau organisma lain untuk mendapat tenaga/makanan. 
a. Pengguna primer
  • Pengguna pertama yang memakan pengeluar untuk mendapatkan tenaga/makanan.
b. Pengguna sekunder
  • Pengguna kedua yang memakan pengguna pertama untuk mendapatkan tenaga/makanan  
c. Pengguna tertier.    
  • Pengguna ketiga yang memakan pengguna kedua untuk mendapatkan tenaga/makanan.
3. Pengurai
  • Organisma yang menguraikan tumbuhan/organisma yang reput/mati dan mengembalikan nutrien kepada tanah.
Piramid Ekologi (piramid tenaga)
  • Satu hierarki yang menggambarkan hubungan rangkaian makanan antara satu aras trofik dengan aras trofik yang lain dalam sesuatu ekosistem. 
  • Selain menunjukkan jumlah organisma dalam setiap aras trofik, piramid ekologi penting dalam menjelaskan pengaliran tenaga daripada pengeluar, penggunaan tenaga tersebut , simpanan dan kehilangan tenaga.
FUNGSI EKOSISTEM
a) Aliran tenaga
  • Hubungan dan interaksi antara organisma dalam sesuatu ekosistem membolehkan aliran tenaga berlaku apabila proses makan dimakan berlaku.  
  • Aliran ini membolehkan sesuatu ekosistem dikekalkan.
b) Kitaran nutrien
  • Sesebuah ekosistem menyediakan tapak untuk melengkapkan kitaran nurien melalui interaksi antara komponen biotik dan abiotik.  
  • Kitaran ini boleh berlaku di dalam sesebuah ekosistem (intra-ekosistem) dan di antara beberapa ekosistem.( inter-ekosistem)
KEPENTINGAN EKOLOGI KEPADA MANUSIA
a) Pembalakan
  • Ekosistem hutan membekalkan pelbagai jenis pokok balak yang boleh menggalakkan pembalakan. (ekosistem daratan)
b) Hasil hutan
  • Ekosistem daratan terutamanya hutan-hutan boleh menggalakkan pengumpulan hasil hutan seperti rotan hutan 
c) Perubatan
  • Ekosistem daratan seperti di hutan ada herba-herba seperti tongkat ali dan kacip fatima yang ada nilai perubatan
  • Di ekosistem lautan pula terdapat gamat dan spirulina yang ada nilai perubatan.
d) Pelancongan/ Ekopelancongan
  • Keunikan dan kepelbagaian biologi di ekosistem daratan dan ekosistem lautan penting untuk sektor pelancongan dan rekreasi.
e) Perikanan/ akuakultur
  • Ekosistem lautan boleh dibangunkan untuk perikanan dengan hasil-hasil marin yang banyak.  
  • Disamping boleh dibangunkan untuk akuakultur seperti penternakan ikan dalam sangkar di kawasan kukup
GANGGUAN MANUSIA TERHADAP EKOSISTEM 
Gangguan terhadap ekosistem
a) Pertanian
  • Aktiviti pertanian seperti pembajaan dan penyemburan racun serangga akan mengganggu kandungan asid atau alkali dan nutrien tanah.  
  • Ini akan mengganggu keseimbangan dalam sesuatu ekosistem.
b) Penyahutanan
  • Aktiviti penyahutanan seperti pembalakan, pembukaan tanah untuk pertanian, urbanisasi akan mengganggu sesuatu ekosistem kerana habitat organisma hidup musnah dan penyesuaian semula perlu dibuat oleh organisma.
c) Perlombongan
  • Perlombongan pasir misalnya akan menngganggu keseimbangan pantai yang seterusnya akan memberi kesan kepada habitat marin di tepi pantai dan dalam lautan 
d) Pelancongan
  • Pencemaran yang dilakukan oleh pelancong semasa melancong seperti membuang sampah merata-rata,membuat ungun api akan mengganggu habitat dan kehidupan organisma dalam sesuatu ekosistem.

e) Industri
 
  • Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai atau tasik akan mencemarkan air dan seterusnya mengganggu hidupan akuatik
  • Pembebasan asap-asap yang bertoksik seperti sulfur dioksida dan nitogen dioksdia boleh menyebabkan hujan asid yang seterusnya mengganggu ekosisitem hutan. 
GANGGUAN ALAM SEKITAR TERHADAP EKOSISTEM 
a) Letusan gunung berapi
  • Gas dan lava yang dibebaskan semasa letusan gunung berapi akan memusnahkan habitat dan mengganggu ekosistem.
b) taufan
  • Keadaan cuaca yang luar biasa seperti ribut taufan boleh mengganggu keseimbangan ekosistem kerana boleh memusnahkan habitat dan organisma dalam ekosistem.
c) Gerakan jisim
  • Proses pergerakan jisim seperti gelongsoran tanah boleh menimbuskan habitat dan mengganggu ekosistem
d) Banjir
  • Kejadian banjir akan menenggelamkan habitat dan organisma dalam sesuatu ekosistem. Ini akan mengganggu keseimbangan sesuatu ekosistem
e) Kemarau/ kebakaran semulajadi
  • Kejadian kemarau seperti semasa kejadian el-nino di Indonesia telah menyebabkan banyak kebakaran semulajadi di hutan.  
  • Kebakaran ini telah memusnahkan pelbagai organisma dan mengganggu keseimbangan ekosistem.
LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAN DAN PEMULIHARAAN EKOSISTEM/ALAM SEKITAR
a) Langkah perundangan
  • Menguatkuasakan akta alam sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar misalnya untuk mengawal pencemaran udara dan air . 
b) kempen 
  • Mengadakan lebih banyak kempen kesedaran untuk menyeru orang ramai bersama menjaga alam sekitar misalnya melalui kempen cintailah sungai kita, kempen berkongsi kereta. 
c) pendidikan
  • Mendidik generasi muda untuk menjaga kualiti alam sekitar melalui matapelajaran seperti sivik, geogafi, pendidikan moral.
  • Di samping itu , adakan aktiviti-aktiviti ” go green” melalui persatuan atau kelab alam sekitar yang melibatkan murid dengan ekosistem secara langsung.
d) Hutan simpan/ taman negara 
  • Mewartakan lebih banyak hutan simpan untuk melindungi hutan dan hidupan liar dalam sesuatu ekosistem contohnya Taman Negara Endau- Rompin. 
e) pengurusan/ pengawalseliaan 
  • Memantapkan lagi pengurusan dan pengawalseliaan terhadap hidupan liar.  
  • Misalnya Perlindungan orang utan di hutan Sepilok Sandakan, Sabah. Projek penetasan dan pemeliharaan penyu belimbing di Rantau Abang, Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.