TEORI HANYUTAN BENUA
Alfred Wegener |
- Dikemukakan oleh Alfred Wegener, 1910. Menurut Wegener, 200 juta tahun dahulu semua benua bercantum dan membentuk satu daratan besar yang dikenali sebagai Pangea.
- Lautan disekelilingnya dipanggil Panthalassa.
- Wegener menyatakan terdapat dua arah utama hanyutan benua iaitu pergerakan ke arah barat yang disebabkan oleh kuasa-kuasa tektonik dan pergerakan dari kutub akibat daripada tekanan ke atas benua yang seolah-olah terapung di atas lautan magma yang panas.
- Hipothesis Wegener amat berkait dengan daya mampatan dan daya tegangan yang wujud dalam bumi yang boleh menggerakkan lapisan bumi.
- Kedua-dua daya ini wujud akibat adanya arus perolakan yang panas.
- Batuan di dalam lapisan mantel mengalami suhu dan tekanan yang tinggi dan berada dalam keadaan separa cair, arus perolakan wujud di lapisan ini dan lapisan kerak bumi dikatakan terapung di atas lapisan astenosfera.
TABURAN DAN BUKTI KEJADIAN TEORI HANYUTAN BENUA
- Bukti keselanjaran benua
- Garis pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan walaupun kedudukan benua-benua kini adalah jauh dan dipisahkan oleh lautan.
- Pinggir laut di bahagian barat Afrika boleh dicantumkan dengan pinggir laut timur Amerika Selatan. Pinggir Laut Eropah Barat boleh dicantumkan dengan pinggir laut Amerika Utara.
- Bukti geologi
- Geologi enapan awal yang berada di dasar laut yang terletak di sekitar Lautan Atlantik adalah sama dengan yang ditemui di benua-benua Amerika Selatan dan Afrika dari jenis dan usianya. Ini menguatkan bukti kemungkinan benua-benua tersebut telah berpecah dari satu jisim benua yang sama sebelumnya
- Bukti bahan fosil
- Fosil dinosaour dari Zaman Jurasik telah ditemui di Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika Selatan dan China. Fosil ini adalah sama dari segi jenis dan usia.
- Bukti paleomagnet
- Pengukuran yang telah dibuat berhubung dengan kemagnetan fosil yang ditemui menunjukkan kutub magnet utara telah berubah sejauh 21 000 km dari sebelah barat Amerika Utara ke sebelah utara Asia dan ke kawasan artik. Fenomena ini berlaku pada masa pra-kambrian hingga ke zaman Pertengahan Tersier.
- Bukti oseanik
- Bahan mendak lautan yang paling tua iaitu berusia kira-kira 160 juta tahun telah ditemui di Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Kedua-dua bahan mendak adalah seusia dan jenis yang sama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.