Saturday, September 17, 2011

SISTEM ATMOSFERA : STRUKTUR, KANDUNGAN, PERANAN, FAKTOR

KONSEP ATMOSFERA  

  • Atmosfera ialah satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa yang berada di atas permukaan bumi disebabkan oleh tarikan daya graviti bumi.” 
STRUKTUR ATMOSFERA


  • (Termosfera, Mesosfera, Stratosfera, Troposfera)  
a. Termosfera/ionosfera

  • Suhu meningkat mengikut ketinggian sehingga 1000˚C.
  • Lapisan paling bawah dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul oksigen.  
  • Berlaku pemisahan electron bercas negative daripada atom oksigen dan molekul nitrogen.  
  • Penting untuk telekomunikasi. 
b. Mesosfera
  • Ketinggian sehingga 80 km, suhu berkurangan mengikut ketinggian sehingga -90˚C. 
  • Di kawasan ini wujud awan noktilusen.  
  • Bahan meteor mula terbakar di sini 
c. Stratosfera
  • Ketinggian sehingga 50 km, suhu bertambah secara perlahan-lahan mengikut ketinggian.  
  • Lapisan ini sangat kering, tidak mengandungi awan atau cuaca.  
  • Mengandungi gas ozon.Kebanyakkan bahan meteor memasuki lapisan ini. 
d. Troposfera 
  • Ketebalan kira-kira 8 km, meliputi 25 % daripada jisim bumi.  
  • Pengurangan suhu 6.5˚C bagi setiap 1000m.
  • Kawasan terdapatnya perubahan iklim dan cuaca
KANDUNGAN ATMOSFERA
1. Gas kekal 
  • Gas yang tetap di atmosfera seperti Nitrogen ( 78.09%), Oksigen (20.95%) dan Argon (0.93%). 
2. Gas berubah
  • Gas yang kandungannya tidak tetap di atmosfera. Contohnya :
      a. Karbon dioksida : sentiasa bertambah; 
  • memasuki atmosfera melalui tindakan organisma hidupan lautan dan daratan. 
  • peningkatan penggunaan bahan api fosil oleh manusia
     b. Ozon : sentiasa berkurangan; 
  • melalui kitar fotokimia iaitu melibatkan percantuman semula dengan atom oksigen menyebabkan kehilangan bersih oksigen ganjil
     c. Klorofluorokarbon (CFC) : sentiasa bertambah
  • punca: bahan-bahan aerosol, bahan penyejuk (freom) , bahan pencuci dan penyaman udara 
  • terlerai dan membebaskan klorin yang juga terlibat dalam pemusnahan lapisan ozon.
      d. Nitrogen Oksida (NOX): sentiasa bertambah
  • mekanisme biologi di lautan dan juga dalam tanah, pembakaran industri, kenderaan, biojisim, dan penggunaan baja kimia.
      e. Sulfur dioksida (SO2): sentiasa bertambah 
  • pembakaran arang batu dan minyak serta peleburan tembaga.
  • Penambahan dan pengurangan kumpulan gas ini akan mempengaruhi : 
  • pencemaran udara 
  • peningkatan gas rumah hijau 
  • hujan asid 
  • Penipisan lapisan ozon 
  • pemanasan global
3. Juzuk bukan gas
  • Dikenali sebagai bahan aerosol termasuk habuk, asap, zarah garam, zarah tanah, dan habuk galian daripada pembakaran kering, karbon dan habuk gunung berapi. 
  • Mengakibatkan fenomena jerebu
PERANAN ATMOSFERA
1. Kepada Biologi 
  • Oksigen - penyokong kepada semua kehidupan di permukaan bumi
2. Mencorakkan kontur permukaan bumi 
  • Kejadian cuaca seperti angin, hujan dan larian air.  
  • Tindakan unsur-unsur cuaca ini telah mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi yang sentiasa berubah tanpa mengira masa dan tempat.
3. Kekayaan semula jadi
  • Perlombongan logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam melalui tindakan kimia air hujan ke dalam batuan. 
4. Perdagangan / rekreasi 
  • Pedagang pada zaman dahulu menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan angin.
5. Membentuk dan mempengaruhi cuaca 
  • Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan.  
  • Manusia perlu menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang ekstrem agar tidak mengalami kesan perubahan tersebut 

SISTEM EKOLOGI

TEMA : SISTEM EKOLOGI 

Konsep Ekosistem
  • Satu komuniti organisma yang berinteraksi antara satu dengan lain dan alam sekitarnya. 
Komponen biotik
  • Komponen yang terdiri daripada organisma hidup yang terdiri daripada pengeluar, pengguna dan pengurai.
Komponen abiotik
  • Terdiri daripada benda bukan hidup yant termasuk pelbagai jenis gas, air dan galian. 
Kitar nutrien
  • Kitar nutrien ialah aliran yang berterusan unsur dan bahan kimia seperti oksigen, karbon , nitrogen dan air yang terdapat dalam sesuatu ekosistem.  
Rantaian makanan

  • Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dan beberapa jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang aliran satu hala.
1. Pengeluar  
  • Tumbuhan yang merupakan autotrof yang boleh membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.
2. Pengguna  
  • Kumpulan heterotrof iaitu organisma hidup yang bergantung kepada pengeluar atau organisma lain untuk mendapat tenaga/makanan. 
a. Pengguna primer
  • Pengguna pertama yang memakan pengeluar untuk mendapatkan tenaga/makanan.
b. Pengguna sekunder
  • Pengguna kedua yang memakan pengguna pertama untuk mendapatkan tenaga/makanan  
c. Pengguna tertier.    
  • Pengguna ketiga yang memakan pengguna kedua untuk mendapatkan tenaga/makanan.
3. Pengurai
  • Organisma yang menguraikan tumbuhan/organisma yang reput/mati dan mengembalikan nutrien kepada tanah.
Piramid Ekologi (piramid tenaga)
  • Satu hierarki yang menggambarkan hubungan rangkaian makanan antara satu aras trofik dengan aras trofik yang lain dalam sesuatu ekosistem. 
  • Selain menunjukkan jumlah organisma dalam setiap aras trofik, piramid ekologi penting dalam menjelaskan pengaliran tenaga daripada pengeluar, penggunaan tenaga tersebut , simpanan dan kehilangan tenaga.
FUNGSI EKOSISTEM
a) Aliran tenaga
  • Hubungan dan interaksi antara organisma dalam sesuatu ekosistem membolehkan aliran tenaga berlaku apabila proses makan dimakan berlaku.  
  • Aliran ini membolehkan sesuatu ekosistem dikekalkan.
b) Kitaran nutrien
  • Sesebuah ekosistem menyediakan tapak untuk melengkapkan kitaran nurien melalui interaksi antara komponen biotik dan abiotik.  
  • Kitaran ini boleh berlaku di dalam sesebuah ekosistem (intra-ekosistem) dan di antara beberapa ekosistem.( inter-ekosistem)
KEPENTINGAN EKOLOGI KEPADA MANUSIA
a) Pembalakan
  • Ekosistem hutan membekalkan pelbagai jenis pokok balak yang boleh menggalakkan pembalakan. (ekosistem daratan)
b) Hasil hutan
  • Ekosistem daratan terutamanya hutan-hutan boleh menggalakkan pengumpulan hasil hutan seperti rotan hutan 
c) Perubatan
  • Ekosistem daratan seperti di hutan ada herba-herba seperti tongkat ali dan kacip fatima yang ada nilai perubatan
  • Di ekosistem lautan pula terdapat gamat dan spirulina yang ada nilai perubatan.
d) Pelancongan/ Ekopelancongan
  • Keunikan dan kepelbagaian biologi di ekosistem daratan dan ekosistem lautan penting untuk sektor pelancongan dan rekreasi.
e) Perikanan/ akuakultur
  • Ekosistem lautan boleh dibangunkan untuk perikanan dengan hasil-hasil marin yang banyak.  
  • Disamping boleh dibangunkan untuk akuakultur seperti penternakan ikan dalam sangkar di kawasan kukup
GANGGUAN MANUSIA TERHADAP EKOSISTEM 
Gangguan terhadap ekosistem
a) Pertanian
  • Aktiviti pertanian seperti pembajaan dan penyemburan racun serangga akan mengganggu kandungan asid atau alkali dan nutrien tanah.  
  • Ini akan mengganggu keseimbangan dalam sesuatu ekosistem.
b) Penyahutanan
  • Aktiviti penyahutanan seperti pembalakan, pembukaan tanah untuk pertanian, urbanisasi akan mengganggu sesuatu ekosistem kerana habitat organisma hidup musnah dan penyesuaian semula perlu dibuat oleh organisma.
c) Perlombongan
  • Perlombongan pasir misalnya akan menngganggu keseimbangan pantai yang seterusnya akan memberi kesan kepada habitat marin di tepi pantai dan dalam lautan 
d) Pelancongan
  • Pencemaran yang dilakukan oleh pelancong semasa melancong seperti membuang sampah merata-rata,membuat ungun api akan mengganggu habitat dan kehidupan organisma dalam sesuatu ekosistem.

e) Industri
 
  • Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai atau tasik akan mencemarkan air dan seterusnya mengganggu hidupan akuatik
  • Pembebasan asap-asap yang bertoksik seperti sulfur dioksida dan nitogen dioksdia boleh menyebabkan hujan asid yang seterusnya mengganggu ekosisitem hutan. 
GANGGUAN ALAM SEKITAR TERHADAP EKOSISTEM 
a) Letusan gunung berapi
  • Gas dan lava yang dibebaskan semasa letusan gunung berapi akan memusnahkan habitat dan mengganggu ekosistem.
b) taufan
  • Keadaan cuaca yang luar biasa seperti ribut taufan boleh mengganggu keseimbangan ekosistem kerana boleh memusnahkan habitat dan organisma dalam ekosistem.
c) Gerakan jisim
  • Proses pergerakan jisim seperti gelongsoran tanah boleh menimbuskan habitat dan mengganggu ekosistem
d) Banjir
  • Kejadian banjir akan menenggelamkan habitat dan organisma dalam sesuatu ekosistem. Ini akan mengganggu keseimbangan sesuatu ekosistem
e) Kemarau/ kebakaran semulajadi
  • Kejadian kemarau seperti semasa kejadian el-nino di Indonesia telah menyebabkan banyak kebakaran semulajadi di hutan.  
  • Kebakaran ini telah memusnahkan pelbagai organisma dan mengganggu keseimbangan ekosistem.
LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAN DAN PEMULIHARAAN EKOSISTEM/ALAM SEKITAR
a) Langkah perundangan
  • Menguatkuasakan akta alam sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar misalnya untuk mengawal pencemaran udara dan air . 
b) kempen 
  • Mengadakan lebih banyak kempen kesedaran untuk menyeru orang ramai bersama menjaga alam sekitar misalnya melalui kempen cintailah sungai kita, kempen berkongsi kereta. 
c) pendidikan
  • Mendidik generasi muda untuk menjaga kualiti alam sekitar melalui matapelajaran seperti sivik, geogafi, pendidikan moral.
  • Di samping itu , adakan aktiviti-aktiviti ” go green” melalui persatuan atau kelab alam sekitar yang melibatkan murid dengan ekosistem secara langsung.
d) Hutan simpan/ taman negara 
  • Mewartakan lebih banyak hutan simpan untuk melindungi hutan dan hidupan liar dalam sesuatu ekosistem contohnya Taman Negara Endau- Rompin. 
e) pengurusan/ pengawalseliaan 
  • Memantapkan lagi pengurusan dan pengawalseliaan terhadap hidupan liar.  
  • Misalnya Perlindungan orang utan di hutan Sepilok Sandakan, Sabah. Projek penetasan dan pemeliharaan penyu belimbing di Rantau Abang, Terengganu.