TEMA 1 : SISTEM BUMI
1. a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga. (5 markah)
(ii) Nyatakan bentuk-bentuk tenaga tersebut. (4 markah)
b) Dengan bantuan gambarajah, terangkan bagaimana kecondongan paksi bumi
menyebabkan keamatan tenaga solar yang diterima berbeza antara kawasan sederhana dengan kawasan tropika.(8 markah)
c)Jelaskan kesan keamatan tenaga solar terhadap tumbuh-tumbuhan di kawasan tropika lempab.(8 markah)
Cadangan Isi Jawapan:
a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga. (5 markah)
-Tenaga ialah keupayaan melakukan sesuatu kerja/aktiviti atau kemampuan untuk mewujudkan perubahan terhadap jirim
(ii) Nyatakan bentuk-bentuk tenaga tersebut. (4 markah)
-Bentuk-bentuk tenaga - tenaga haba, keupayaan, kimia, kinetik, bahang/radiasi, elektrik dan magnet
(b) Dengan bantuan gambarajah, terangkan bagaimana kecondongan paksi bumi menyebabkan keamatan tenaga solar yang diterima berbeza antara kawasan sederhana dengan kawasan tropika.(8 markah)
-Lukis gambarajah yang sesuai untuk membantu huraian
1. Kecondongan paksi bumi ialah 23 ½˚ dari garisan yang tegak pada rataan Londar-menyebabkan terdapat perbezaan keamatan tenaga solar yang diterima oleh kedua-dua kawasan.
2. Jarak matahari(beza ikut musim).Misalnya pada 22 Disember matahari lebih hampir dengan garisan Jadi tetapi pada 21 Jun, matahari lebih hampir dengan garisan Sartan manakala pada 21 Mac dan 22 September lebih hampir dengan garisan Khatulistiwa.
3. Kecondongan pancaran (pancaran tegak atau pancaran serong)
4. Jangkamasa pancaran (berkaitan dengan panjang waktu siang mengikut musim)
(c) Jelaskan kesan keamatan tenaga solar terhadap tumbuh-tumbuhan di kawasan
tropika lembap. (8 markah)
Perlu kaitkan antara keamatan tenaga solar dengan ciri-ciri tumbuhan di tropika
kefahaman dan penjelasan
- Oleh kerana kawasan tropika menerima tenaga solar yang banyak (sebahagiannya
telah dibalikkan oleh awan yang tebal) menyebabkan suhu di tropika lembap tidak
kurang 25˚C, sejatan dan kelembapan yang tinggi (80% pada jam 9.00 pagi) dan hujan
tahunan yang lebat sepanjang tahun melebihi 2000mm setahun – hutan hujan tropika
(hutan malar hijau) – mempengaruhi kadar keamatan yang diterima dan seterusnya
mempengaruhi ciri-ciri tumbuhan.
Kesan
1. Pokok-pokok besar yang berdaun hijau sepanjang tahun menyebabkan cahaya
matahari cuma sampai ke beberapa tompok kecil di dalam hutan dan ini pun
dalam beberapa jam sahaja setiap hari. Intensiti cahaya yang diterima oleh silara
pokok yang tinggi. Keadaan demikian rupa tidak memungkinkan pertumbuhan
pokok rendah di kawasan tropika. Sebaliknya pokok-pokok sentiasa bersaing
untuk mendapatkan cahaya matahari. Ini menyebabkan pokok-pokoknya
berbatang lurus dan bercabang-cabang di bahagian atasnya.
2. Keamatan cahaya matahari yang diterima oleh lantai hutan adalah rendah
berbanding dengan jumlah yang sampai ke silara. Di sebahagian besarnya
keamatan cahaya tidak mencukupi untuk menampung pertumbuhan tumbuhan
di lantai hutan. Kawasan yang menerima cahaya matahari akan ditumbuhi anak-
anak pokok dari lapisan A,B, dan C. (pokok-pokok besar mungkin tumbang di
tengah-tengah hutan dan melalui ruang inilah cahaya matahari sampai ke lantai
hutan). Anak-anak benih tumbuh setinggi beberapa cm sahaja setahun.
Pertumbuhan pesat hanya berlaku apabila hutan ditebang dan dibersihkan dan
menghasilkan belukar.
3. Pokok liana terpaksa bergantung kepada tumbuhan lain supaya tenaga cahaya
matahari dapat dicapai. Pokok liana kecil boleh hidup dalam keadaan yang gelap
atau teduh tetapi apabila sudah besar ia memerlukan cahaya.
4. Pokok-pokok saprofit dapat menyesuaikan diri dengan kadar keamatan tenaga
solar yang rendah dengan hidup di habitat yang gelap, kerana ia tidak
mengandungi klorofil. Ia dapat makan dari bahan reput atau humus dalam tanih.
5. Hutan di sekitar sungai yang besar adalah tebal dan sukar ditembusi kerana
lantai hutan ditumbuhi dengan pelbagai jenis hutan pokok renek dan pokok-
pokok yang rendah yang tidak jauh bezanya daripada belukar. Berbeza dengan
lantai hutan yang jauh dari sungai, lantai hutan di sekitar sungai menerima
cahaya matahari setiap hari.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.