TEMA : SISTEM HIDROLOGI
KONSEP Kitaran hidrologi
Fasa-fasa pertukaran air dalam pelbagai bentuk(cecair,gas dan pepejal) dan melalui pelbagai ruang di bumi secara berterusan. Ia meliputi pelbagai proses fizikal dan simpanan.
Imbangan Air
Imbangan air merupakan keseimbangan antara jumlah air yang diterima bersamaan dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera.
* Proses-proses dalam Imbangan air
a) kerpasan
b) sejatan
c) sejatpeluhan
d) larian permukaan
e) air bawah tanah
Lebihan air (air positif)
Lebihan air/imbangan air positif bermaksud jumlah kerpasan yang diterima melebihi jumlah sejat peluhan, perubahan air tanah, larian permukaan dan simpanan
PROSES KITARAN HIDROLOGI
i. Proses mendatar
a. Larian air permukaan
Baki air hujan yang mengalir di atas permukaan tanah setelah ditolak dengan air yang mengalami sejatan, pintasan, susupan, dan juga yang digunakan oleh tumbuhan dan setelah semua liang pori tanah tepu dengan air dan hujan tidak lagi boleh meresap sebaliknya menuju ke sungai, tasik,kolam dan laut
b. Aliran air bawah tanah
Air bawah tanah mengalir perlahan melalui liang dalam batuan di bawah permukaan. Air mengalir kerana terdapat perbezan tekanan dan kecerunan. Air dari Zon tepi mengalir menuruni cerun aras mata air hingga sampai ke sungai, tasik atau paya.
c. Alir Lintang atmosfera
Air tersejat ke dalam atmosfera dari lautan, membentuk wap-wap air yang akan berkumpul menjadi awan. Wap-wap air (awan) ini pula akan dialirkan secara melintang oleh angin ke bahagian daratan atau sebaliknya dari daratan ke lautan. Bila sampai ke tahap tepu akan turun sebagai kerpasan.
ii. Proses menegak
a.Sejatan
Proses penukaran bentuk air daripada cecair kepada wap air.Berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di atmosfera yang belum sampai ke peringkat tepu. Memerlukan bekalan tekanan haba dari matahari yang mencukupi untuk memanaskan permukaan air sama ada daripada lautan, sungai, tasik, kolam dll. Faktor-faktor mempengaruhi proses sejatan : Sila rujuk unsur sejatan di tema sistem atmosfera.
b.Sejatpeluhan(perpeluhan/ transpirasi)
Pemindahan wap air ke atmosfera melalui proses transiprasi dari tumbuhan dan sejatan daripada tanah dan tumbuhan. Terjadi kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera terutama pada waktu siang yang panas.
Faktor-faktor mempengaruhi proses sejatpeluhan
a) suhu permukaan tersejat
– semakin tinggi suhu air permukaan tersejat semakin tinggi kadar sejatpeluhan kerana partikel air akan mempunyai tenaga untuk bertukar ke wap air di atmosfera.
b) pengaruh angin
– jika terdapat pengaliran udara yang baik, kadar sejatpeluhan akan tinggi kerana udara yang bergerak akan membawa udara yang tepu keluar dengan ini memberi ruang untuk proses sejatpeluhan yang seterusnya.
c) kandungan air
- air bersih akan mudah tersejat berbanding air masin. Jika kandungan air tanih banyak mineral ia akan melemahkan proses sejatpeluhan.
d) litupan tumbuhan
– semakin banyak litupan tumbuhan di sesuatu kawasan ia akan menggalakkan proses transpirasi dan seterusnya sejatpeluhan.
e) kandungan lembapan tanih
– semakin tanah lembap semakin tinggi kadar sejatpeluhan kerana ketersediaan air untuk disejat.
c.Kerpasan
Kerpasan adalah lembapan yang terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dalam pelbagai bentuk iaitu cecair dan pepejal serta dalam intensiti yang berbeza.
d.Aliran batang
Air hujan yang turun meleleh mengikut dahan dan batang pokok sebelum sampai ke perrmukaan tanah.
e.Resapan/Infiltrasi
Proses pergerakan air masuk ke dalam tanih secara menegak melalui liang-liang pori tanih . Proses ini dipengaruhi kandungan air dalam tanah dan keporosan tanah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.