Thursday, September 2, 2010

LULUHAWA

LULUHAWA KIMIA & FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI LULUHAWA DALAMAN DI TROPIKA LEMBAB
Luluhawa
  • Luluhawa ialah proses pemecahan batuan yang ada di permukaan bumi sehingga membentuk butiran atau zarah yang lebih kecil.
  • Luluhawa boleh dibahagikan kepada tiga proses utama, iaitu;
  1. Proses biologi: Luluhawa biologi disebabkan oleh kesan kimia dan fizikal proses organik terhadap batuan.
  2. Proses Fizikal: Proses fizikal ialah luluhawa yang menyebabkan perubahan mekanikal sebenar, seperti proses pengecilan saiz.
  3. Proses kimia: Luluhawa kimia akan mengoksidkan dan melarutkan juzuk atau butiran mineral sesuatu batuan.

Luluhawa kimia
  • Memecahkan batuan secara kimia dgn menambah atau menanggalkan (removing) unsur2 kimia, mengubah unsur2 tersebut menjadi bahan2 baru contoh: dissolution (pelarutan), hydrolysis (hidrolisis), oxidation (pengoksidaan)
FAKTOR MEMPENGARUHI KADAR LULUHAWA
1. Kandungan batuan:
  • Batuan igneus bas yang kaya dengan mineral silikat berbesi akan lebih mudah terluluhawa berbanding dengan batuan igneus asid yang kaya dengan kuarza, dan yang paling stabil ialah batu pasir kuarza.
  • Batuan yang terdiri daripada banyak jenis mineral lebih cepat terluluhawa berbanding dengan sejenis mineral.
  • Ini disebabkan perubahan suhu yang cepat menyebabkan berlaku pengembangan dan pengecutan yang berbeza untuk mineral yang berbeza.
2. Struktur batuan:
  • Kepadatan retakan dan lapisan yang nipis akan menyediakan ruang atau permukaan yang luas untuk tindakan luluhawa.
  • Air akan masuk ke dalam satahsatah ini, dan akan mempercepatkan proses luluhawa.
  • Kedudukan retakan atau lapisan yang condong atau menegat akan memudahkan air memasuki celahan yang ada berbanding dengan lapisan atau retakan yang mendatar
3. Iklim:
  • Iklim memainkan peranan yang sangat besar untuk menentukan jenis luluhawa yang mana yang akan dominan.
  • Di kawasan lembab yang banyak hujan, proses luluhawa kimia akan lepih dominan, dan di kawasan gersang pula, luluhawa fizikal yang dominan.
  • Di kawasan lembab ini biasanya banyak ditutupi oleh tumbuhan, jadi luluhaw biologi juga tinggi di kawasan ini.
4. Masa:
  • Semakin lama proses luluhawa berlaku, makin besar pengaruhnya
5. Topografi:
  • Kawasan berjasad timbul tinggi (kawasan yang mempunyai cerun yang curam) akan mudah terhakis, dan ini menyebabkan jasad batuan tidak sempat terdedah kepada proses luluhawa untuk jangka masa yang lama.
  • Hasilnya, kita akan perhatikan di kawasan berjasad timbul tinggi, batuannya masih dalam keadaan segar.
  • Keadaan sebaliknya berlaku untuk kawasan berjasad timbul rendah atau kawasan yang rata.
  • Proses luluhawa yang bertindak akan membentuk tanah yang tebal.
6. Tumbuhan & Haiwan:
  • Tumbuhan boleh mempercepatkan proses luluhawa biologi dan juga luluhawa kimia. Haiwan boleh membuat lubang dan sebagainya
LULUHAWA KIMIA
  • Batuan yang bersentuhan dengan air, udara (gas) atau larutan akan bertindak balas dan akhirnya boleh menyebabkan berlakunya pertambahan atau pengurangan atau perubahan elemen daripada sesuatu mineral.
  • Komposisi kimia atau susunan kimia hablur boleh berubah.
  • Mineral yang terhablur dahulu mempunyai ketahanan kimia yang rendah, dengan kata lain akan musnah atau lebih mudah terluluhawa kimia.
CONTOH LULUHAWA KIMIA

Pelarutan (Dissolution atau solution)
  • Sesetengah kimia mudah larut dalam air, contohnya halit dan kalsit.
  • Batu kapur dan marmar mengandungi kalsit dan akan larut dalam air berasid.
  • Kita boleh perhatikan batu kapur mengandungi banyak gua-gua (serta topografi karst lain), hasil daripada proses pelarutan.
H2O + CO2 + CaCO3 <=> Ca+2 + 2HCO-3

1. LARUTAN.
  • Proses ini berlaku ke atas mineral-mineral atau batuan yang mudah larut seperti garam batu, batu kapur dan dolomit.
  • Apabila air hujan yang turun menyentuh batu garam ia akan mudah dilarutkan.
  • Air hujan berasid karbonit lemah yang terjadi daripada air hujan yang bercampur dengan gas karbon dioksida akan melarutkan permukaan batuan seperti batu kapur dan dolomit.
  • Pelarutan adalah peringkat pertama dalam luluhawa kimia.
  • Proses ini menyebabkan galian terlarut dan wujud dalam bentuk ion-ion supaya tindak balas kimia selanjutnya dapat berlaku dengan berkesan.
  • Kadar pelarutan bergantung kepada isipadu air hujan yang diterima dan komposisi batuan dan mobiliti unsur-unsur berkenaan.
  • Contohnya kumpulan bahan kimia seperti kalsium, natrium, kalium dan magnesium adalh mudah dilarutkan jika dibandingkan dengan silika.
  • Manakala silika adalah lebih mobil daripada oksida besi dan aluminium.
  • Proses pelarutan menyingkirkan galian-galian yang mudah larut dan meninggalkan sisa-sisa pepejal seperti besi dan aluminium di dalam tanah dan ia menggalakkan pembentukan tanah laterit yang kaya dengan besi dan aluminium oksida.
  • Proses pelarutan ini juga menghasilkan lubang-lubang di dalam tanah atau batuan. Contohnya seperti honey-comb yang terdapat pada batuan Cheung-Chong, Hong Kong dan di Taman Negara Bako di Sarawak.
Dissollution (pelarutan)
Ex: pembentukan garam, batu kapur, travertine

BMB AKIBAT LULUHAWA KIMIA
2. Pengoksidaan
  • Proses ini merujuk kepada segala perubahan akibat tindak balas kimia melalui tindakan oksigen dari udara atau air dengan mineral-mineral dalam batuan terutama unsur-unsur besi.
  • Besi yang teroksida menjadi besi oksida.
  • Besi oksida merupakan besi berkarat dan ia berlaku dengan perubahan warna dari kebiruan kepada merah, perang atau kekuningan.
  • Proses pengoksidaan ini dapat melemahkan struktur batuan sehingga penguraian batuan berlaku.
  • Batuan yang mengandungi besi mudah mengalami pengoksidaan. Batuan seperti besi sulfida(pirit), Magnetit ( ferus oksida ), mika dan hornblend(feromagnresium silikat) adalah antara yang mudah mengamali pengoksidaan.
  • Contoh pengoksidaan olivin menghasilkan magnesium hidroksida, ferous oksida dan asid silikit.
Oksidasi (Oxidation)
  • Unsur oksigen boleh bersatu dengan mineral silikat berbesi lain contohnya olivine, pyroxene, amphibole dan biotite dan membentuk batu besi seperti limonite, hematite dan goethite. Besi oksid berwarna kemerahan. Sedimen yang terendap di daratan biasanya bewarna kemerahan kerana proses oksidari.
4FeO (Ferus oksida) + 3H2O + O2 <=> 2Fe2O-3 3H2O (Limonit)
BMB LULUHAWA KIMIA

3. Hidrolisis ( Urair)
  • Hidrolisis adalah proses tindAk balas air dengan batuan.
  • Proses ini berlaku apabila batuan menyerap air dan mengalami tindak balas kimia.
  • Tindak balas kimia ini sangat kompleks tetapi boleh melemahkan batuan untuk menghasilkan regolit tanah.
  • Tindak balas kimia berlaku apabila ion hidrogen ( H+) dan ion (OH-) dari air bertindak dengan ion positif dan negetif batuan.
  • Batuan granit mengandungi mineral kuarza, mika dan felspar.
  • Felspar dan mika akan direputkan oleh proses hidrolis dan bertukar menjadi tanah liat putih atau kaolin yang lembut.
  • Apabila bahagian tanah liat ini terhakis ia akan mendedahkan bahagian dalam yang diluluhawakan sehingga seluruh struktur batuan granit terluluh dan terurai.
  • Mineral kuarza dalam batuan granit yang sukar direputkan akan tertinggal sebagai batu tongkol atau butiran pasir.
Hidrolisis (Hydrolysis)
  • Mineral silikat yang terluluhawa melalui proses hidrolisis akan bertukar menjadi lempong. Feldspar akan berubah kepada kaolinit (lempong).
  • Mineral silikat berbesi juga akan berubah menjadi mineral lempong disamping besi oksid.
H2O + CO2 <=> H2CO3 <=> H+ + HCO-3
KAlSi3O8(orthoclase) <=> H2CO3 + H2O + K2CO3 +
Al2Si2O8(OH)4 (Kaolinite) + 4SiO2
Beberapa contoh t/b kimia
1. Solution of carbon dioxide in water to form acid
  • CO2 + H2O H2CO3 H+ + HCO3-
2. Solution of calcite
  • CaCO3 + CO2 + H2O Ca2+ + 2HCO3-
  • CaCO3 + H+ HCO3- Ca2+ + 2HCO3-
Gua yang merupakan terowong sempit yang panjang dipenuhi dengan stalaktit yang sangat cantik.
4. Pengkarbonan
  • Pengaruh air hujan yang turun apabila bercampur dengan gas karbon dioksida dalam udara akan menghasilkan asid karbonik yang lemah ( H2 O + CO2 + H2 CO2)
  • Asid Karbonik ini mudah bertindak balas dengan batu kapur secara kimia lalu mewujudkan kalsium bikarbonat ( CaCO3 + H2 CO3 = Ca( HCO3)2 atau kapur mati.
  • Bahan yang terhasil ini adalah dalam bentuk cairan.
  • Proses pengkarbonan bersama-sama dengan proses larutan sangat berkesan di kawasan batu kapur.
  • Kedua-dua proses luluhawa kimia ini dapat menghasilkan pelbagai bentuk pandang darat karst.
  • Rekahan-rejahan diperbesarkan menjadi grike, sistem gua dengan bentuk stalaktit dan stalagmit terjadi di kawasan batu kapur, di cerun curam.
  • Pengkarbonan menghasilkan kelaran yang dalam.
  • Merupakan sebarang tindak balas antara asid lemah asid karbonik dgn kalsium kabonat baTu kapur.
  • Bukti,batu Caves dibentuk oleh proses pengkarbonatan dalam masa 400 juta tahun.
5. Hidratan
  • Merupakan satu proses penambahan molekul air kepada sebatian galian.
  • Pertambahan air menghasilkan tegangan dalam dtruktur batuan dan akhirnya menyebabkan batuan terurai.
  • Contohnya, kalsium sulfat yang bertindak dengan air berupaya menyerapnya lalu membentuk suatu bahan yang baru seperti gypsum.
  • Contoh yang lain seperti hematit campur air menghasilkan limonit.
  • MerupaKan proses penyerapan air oleh batu-batu sehingga menyebabkan batuan itu mengembang kerana berlaku perubahan kimia pada mineralnya.
  • Cthnya,besi oksida(ferum oksida)menyerap air menjadi besi hidroksida(ferum hidroksida).
6. Proses Chelasi
  • Chelasi merupakan proses pembendungan satu ion antara agen-agen chelasi yang dikeluarkan oleh tumbuhan dengan ion mineral dalam batuan seperti ion ferum.
  •  Pembendungan ini menyebabkan batuan mengalami tegasan dan mengembang.
  • Agen chelasi boleh dikeluarkan oleh tumbuhan yg hidup di permukaan batuan spt lumut dan kulampair.
  • Asid ini beupaya bertindak balas dgn ion mineral batuan menyebabkan mineral tersebut mengalami penguraian.

Wednesday, September 1, 2010

EKOSISTEM HUTAN HUJAN TROPIKA

Jenis-jenis ekosistem hutan hujan tropika;
  • Hutan hujan tropika @ disebut sebagai hutan hujan lembab merupakan satu biome yang merangkumi pelbagai  jenis ekosistem yang paling rumit di atas muka bumi ini.
  • Ekosistem hutan hujan tropika hanya meliputi 10% daripada kawasan daratan di muka bumi tetapi ia menampung antara 40%-50% daripada jumlah spesis yang ada di atas muka bumi ini.
  • Kepelbagaian jenis ekosistem di dalam hutan hujan tropika disebabkan terdapatnya pelbagai jenis tumbuhan semula jadi yang dipengaruhi oleh kepelbagaian jenis iklim yang wujud.
  • Mengikut Van Steenis, tumbuhan semula jadi di kawasan hutan hujan tropika boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang besar & setiap satu kumpulan tersebut mngandungi ekosistem tersendiri.
Ciri ekosistem hutan hujan tropika malar hijau(rain forest)
  • Ekosistem ini dikenali sebagai hutan hujan khatulistiwa.
  • Ekosistem ini merupakan tumbuh-tumbuhan klimaks yang tumbuh di kwsan yang menerima hujan di antara 2000 mm - 4000mm setahun & purata suhunya kira-kira 25%-27% tanpa beza antara suhu harian yang ketara.
  • Hutan hujan merupakan biome yang mengalami keadaan iklim yang optimum.
  • Di malaysia hutan ini tumbuh dengan subur kerana ia mmpunyai jumlah hujan yang banyak.
  • Namun begitu, taburan & komposisi hutan ini adalah berbeza mngikut ketinggian muka bumi dari aras laut.
  • Ciri hutan malar hijau yang paling ketara ialah kewujudan kepelbagaian biologi (biodiversiti) @ kepelbagaian spesis yang banyak walaupun di sebuah kawasan mikro.
  • Ekosistem hutan ini memang kaya dengan kepelbagaian spesis flora & fauna.
  • Ciri istimewa ekositem hutan hujan tropika malar hijau ialah sifatnya yang berlapis-lapis @ bersrata.
  1. LapisanA; lapisan tertinggi dengan ketinggian antara 40-50 meter dengan munculan pokok yang lurus & tegak. 

  • Munculan pokok ini mnunjukkan kedudukannya yang jauh lebih tinggi berbanding dengan kanopi hutan yang seluruhnya.
  • Wujud secara sepokok @ secara berkumpulan.
  • Silara pokok ini agak lebar & berbentuk payung.
  • Bentuk silaran diguna untuk mengenal pasti spesis pokok tersebut.
  • Di malaysia pokok ini mungkin terdiri daripada jenis pokok balak yang besar seperti cengal, meranti, tualang, keruing, nyatoh & sebagainya.
  • Pokok tertinggi yang pernah direkodkan di Malaysia ialah jenis koompassia yg terdapat di Sarawak dengan ketinggian kira-kira 83.82 meter.
  • Lapisan A biasanya menjadi habitat pelbagai jenis burung & juga serangga seperti lebah.
  2. Lapisan B;dikenali sebagai lapisan kanopi yg mmpnyai ketinggian antara 25-30 meter.
  • Jenis pokok hopea & vatica dari keluarga Dipterocarpaceau merupakan jenis pokok utama membentuk lapisan B.
  • Silara pokok ini bulat &  tidak selebar pokok akibat halangan kemasukan cahaya matahari dari pokok munculan tersebut.
  • Pokok di lapisan B mempunyai banyak akar banir iaitu sejenis akar yang timbul di permukaan tanah.
3. Lapisan C;dikenali juga sebagai lapisan tengah yg mempunyai ketinggian antara 15-20 meter.
  • Merupakan lapisan paling padat terdiri daripada pokok berbatang kecil & lurus.
  • Selain itu, lapisan ini juga terdiri daripada pokok dari jenis lapisan A & B yang sedang membesar & masih belum matang.
  • Di lapisan C ini juga banyak tumbuhan epifit seperti orkid, lumut & kulampair.
4. Lapisan D; lapisan D boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu pertama, lapisan pokok 
    renek dengan ketinggian sekitar 5 meter.
  • Lapisan pokok ini menerima cahaya matahari sedikit akibat halangan daripada lapisan A, B & C di atas & ia merupakan habitat utama bagi monyet, tupai & musang.
  • Kedua ialah lapisan bawah@ dikenali sebagai lapisan lantai hutan & lapisan ini agak jarang.
  • Bagi lapisan lantai hutan yang tidak ditembusi oleh cahaya matahari maka tumbuhan tidak berklorofil seperti saprofit & parasit sahaja yang boleh tumbuh.
  • Contoh saprosit ialah, rafflesia yang mempunyai bunga yang besar.
  • Manakala lapisan hutan yang ditembusi cahaya matahari akan ditumbuhi pokok renek yang berklorofil seperti pokok herba.
Ciri2 lain ekosistem hutan hujan tropika ialah wujud persaingan antara pokok2 utk mndptkan cahaya matahari.
  • Oleh sebab itu, kebanyakkan pokok bersifat tinggi, lurus & hanya berdahan di bahagian atas sahaja.
  • Dalam istilah ekosistem ia dipanggil sebagai simbiosis.
  • Simbiosis terbahagi kepada 3 jenis iaitu;
  • komensalisme iaitu satu perkongsian yang menunjukkan satu organisma mendapat faedah tanpa merugikan organisma yang satu lagi.
  • kesalingan iaitu kedua-dua organisma mendapat faedah.
  • paratisme iaitu hanya satu organisma sahaja mendapat faedah manakala organisma yang satu lagi mendapat kerugian.
  • Contoh komensalisme ialah seperti pokok pepanjat & epifit yang menggunakan pokok besar yang lain sebagai sokongan tanpa mendatangkan kerugian kepada pokok perumah tersebut. 
  • Pepanjat mempunyai akar di dalam tanah & hanya memerlukan sokongan (pokok2 besar) untuk mendedahkan daunnya kepada cahaya matahari.
  • Contoh pokok pepanjat seperti pokok rotan, akar tuba @ pokok pepanjat yang mempunyai sulur paut. 
  • Kulat & alga boleh hidup di kawasan yang kekurangan nutrient @ di kawasan suhu yang agak panas.
  • Manakala parasit pula boleh memusnahkan pokok yang ditumpanginya dalam jangka masa yang lama.
  • Hutan hujan tropika yang begitu tebal & lebat daunnya membekalkan bahan organik yang banyak apabila ia gugur ke tanah.
  • Persekitan yang lembab menyebabkan mikro organisma amat aktif untuk mereput & menguraikan bahan-bahan organik.

KESAN-KESAN GeMPA BUMI



DEFINISI GEMPA BUMI
Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.
Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.
Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).

Gempa bumi
Alat yang diguna untuk mengukur kekuatan gempa bumi dinamakan sebagai mesin seismograf dan kekuatan gempa bumi diukur menggunakan unit skala richter.
Tolok yang paling terkenal untuk mengukur kekuatan gempa bumi ialah skala magnitud Richter atau lebih dikenali sebagai skala Richter yang diperkenalkan pada tahun 1935 oleh Charles F. Richter.
Ia mengukur pergerakan bumi yang disebabkan oleh gempa bumi di mana setiap pertambahan satu nombor dalam magnitud bermakna tenaga yang dibebaskan oleh gempa adalah 32 kali ganda lebih besar.
Terdapat dua faktor yang menyebabkan tjadinya gempa bumi.Pertama faktor pergerakan plat taktonik sama ada melalui pertembungan,pencapahan,@ pegeseran.Kedua,faktor letusan gunung berapi yang sangat kuat.
Gempa bumi terbahagi kepada 2 jenis iaitu;

A)GEMPA TEKTONIK
B)GEMPA VULKANIK

Jenis-jenis gempa bumi
Gempa tektonik tjadi disebabkan perlepasan tenaga secara tiba-tiba apabila plat-plat tektonik bertembung,mencapah,dan bergesil anatara satu sama lain.Gegaran gempa bumi akan dirasai disepanjang sempadan plat yang terlibat.
Gempa vulkanik terjadi semasa letusan gunung berapi yang sangat kuat.magma akan menggesel,merempuh dan memecahkan batuan yangada dsepanjang lohong semasa bergerak ke permukaan bumi.Kesan pergerakan magma dan pemecahan batuan tersebut didalam lohong akan menyebabkan gegaran yang boleh menghasilkan gempa bumi.


Punca Kejadian Gempa Bumi
GEMPA bumi ialah gegaran bumi yang disebabkan oleh rekahan dan penganjakan sebahagian besar lapisan luar batuan bumi secara tiba-tiba.
Gempa bumi yang kuat mampu untuk membebaskan tenaga 10,000 kali ganda lebih banyak daripada tenaga yang dibebaskan oleh ledakan bom atom yang menghancurkan Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945 di Jepun
Gempa bumi boleh mencetuskan tanah runtuh, menyebabkan kerosakan serta kehilangan nyawa dan sekiranya ia terjadi di dasar lautan ia boleh mencipta siri ombak besar pemusnah yang dikenali sebagai tsunami atau ombak laut seismos seperti yang melanda Acheh pada 26 Disember 2004
Kebanyakan gempa bumi terjadi di sepanjang sesar iaitu rekahan di dalam lapisan luar batuan bumi di mana bahagian batuan menggelongsor berulang kali melepasi antara satu sama lain.
Sesar berlaku di kawasan batuan bumi yang lemah.
Tekanan di dalam bumi menyebabkan bongkah batuan yang besar di sepanjang sesar menjadi terikan.
Apabila terikan menjadi terlalu kuat, batuan akan merekah dan pecah hingga membentuk kedudukan baru yang menyebabkan berlakunya gegaran gempa bumi.
Apabila gempa bumi berlaku, batuan yang merekah dengan hebat itu akan membebaskan getaran yang dikenali sebagai gelombang seismos.
Gelombang ini bergerak keluar dari pusat gempa dalam semua arah dan ia secara beransur-ansur menjadi lemah.
Oleh sebab itu, umumnya bumi semakin kurang mengalami gegaran pada tempat yang semakin jauh dari pusat gempa.
Kejadian gempa bumi juga menyebabkan korban nyawa yang begitu tinggi.sehingga kini bilangan korban diseluruh dunia akibat kejadian gempa bumi yang besar ialah seramai 6.2 juta orang.negara china adalah negara yg paling ramai terkorban iaitu 3.2 juta orang,diikuti negara timur tengah seramai 1.4 juta org.
Walaupun malaysia berada diata plat tektonik plat sunda yg stabil dan diluar zon gempa bumi asia tenggara ttp kedudukan ini masih hampir dgn sempadan plat tektonik yg aktif iaitu yg terletak di juluran sumatera.
Antara peristiwa gegaran yg dirasai malaysia akibat gempa bumi di indonesia antara tahun 1994 hingga 2002 ialah.

A) tahun 1994 gegaran dikuala lumpur dirasai berpunca drpd gempa bumi berdekatan kepulauan siberut,indonesia yg jaraknya 570 km dr
semenanjung malaysia.
B) tahun 1995 gegaran disekitar johor baharu berpunca drpd gempa bumi di indonesia 450 km dr perairan johor.
C) tahun 1996 gegaran dirasai dibeberapa bandar spt setiawan,lumut dan tronoh di perak,sekitar pulau pinang dan kuala lumpur akibat gempa bumi 300 km dr perairan perak yg berskala 5.4 skala richter.
D) tahun 2000 gegaran di johor baharu,pontian dan kuala lumpur akibat gempa bumi di sumatera yg berskala 7.5 skala richter.
E) tahun 2002 gegaran di pulau pinang dan perlabuhan klang akibat gempa bumi di sumatera.gegaran akibat gempa ini menimbulkan suasana panik beberapa penghuni flat perumahan dan hospital kuala lumpur.

DEFINISI TSUNAMI
Tsunami berasal drpd perkataan Jepun yg bermaksud “OMBAK PERLABUHAN”.tsunami bole juga di takrifkan sbg ombak besar(ombak raksasa) yg terhasil akibat gempa bumi dasar laut,letusan gunung berapi di dasar laut serta hempasan meteor (komet ) dilaut.Ketiga-tiga faktor ini mewujudkan tenaga yg kuat yg memindahkannya ke air laut membentuk gelombang yg besar iaitu dikenali sebagai tsunami.
Tsunami merupakan proses fizikal yg berlaku selepas gempa bumi dan letusan gunung berapi di dasar laut.ia mengambil masa beberapa minit hingga kebeberapa jam selepas berlaku gempa bumi.
Akibat gempa bumi dasar laut,tenaga dalam bentuk gelombang seismik akan dilepaskan oleh lapisan kerak bumi yg terlibat.tenaga ini dgn cepat akan dipindah keair laut menyebabkan wujudnya gelombang yg besar.
Walaupun kawasan pantai yg cetek memperlahankan kelajuan tsunami ttp telah meningkatkan ketinggian ombak iaitu ombak tsunami menjadi semakin besar apabila menghampiri pantai.ketika ombak sedang bergulung,larutannya akan menaik semua air laut di tepi pantai menyebabkan pantai kelihatan spt surut,ttp selepas itu ia akan melepaskan semua air yg disedut dgn kuat dan menghempas pantai hgga mendatangkan kerosakan yg teruk dikawasan pinggir pantai yg terlibat dan boleh menjangkau jauh kekawasan daratan.

Pusat Gempa Sedunia, 1963–1998

KEJADIAN TSUNAMI PADA 26 DISEMBER 2004
Gelombang tsunami yg berlaku pd 26 disember 2004, adalah berpunca drpd gempa bumi yg terjadi di utara sumatera pd kedudukan latitud 3.31 darjah utara dan longitud 9.854 darjah selatan.gempa bumi tersebut berlaku pd kedalaman 30 km di bawah lautan Hindi.kedudukan pusat gempa(epicenter) tersebut ialah pd 250 km dr bandar Acheh.
Gempa bumi berlaku krn plat tektonik lautan hindi menyusup masuk ke bawah plat tektonik sumatera.proses penyusupan plat tektonik kebawah ini dikenali sebagai subduksi(zon benam).
Di tengah laut, gelombang tsunami ini berketinggian hanya beberapa m sahaja ttp mempunyai kelajuan melebihi 500 km sejam dan panjang gelombang tersebut menjangkau ratusan kilometer karana ia di bekalkan tenaga seismik yg cukup kuat utk menolak gelombang seismik tersebut ke pantai.
Landskap fizikal kawasan pantai juga turut terjejas.pantai terhakis teruk dan mendapan lumpur dan sampah sarap dr laut dibawa dan di mendapkan di darat.selain itu berlakunya juga kemusnahan kawasan pertanian.
Menyedari hakikat kedatangan tsunami boleh di ramal, malaysia telah menyediakan sistem amaran awal tsunami kebangsaan SAATNM sebagai langkah awal utk mengelakan bencana tersebut drpd mengorbankan manusia.
SAATNM tlh diletakkan dipeairan laut Andaman, berhampiran pulau Rondo,sumatera yg terletak 60 km dr bandar Acheh dan 500 km dr Pulau Langkawi.sistem ini mampu mengesan sebarang gelombang tsunami sekiranya berlaku gempa bumi yg kuat dilautan Hindi.

Gelombang tunami

Bagaimana tsunami berlaku
Sempadan kepingan-kepingan dan taburan pusat gempa bumi

Gempa bumi yg berlaku sepanjang 30 tahun

Kesan-kesan tsunami

RAMALAN GEMPA BUMI
Ahli seismologi boleh membuat ramalan jangka panjang yang agak tepat tentang tempat yang akan berlakunya gempa bumi.
Kebanyakannya berlaku di sepanjang kawasan yang mengelilingi Lautan Pasifik yang lebih dikenali sebagai Lingkaran Api kerana ia mempunyai banyak gunung berapi, kejadian gempa bumi dan pelbagai aktiviti penyelidikan geologi di sana.

Kitar hidrologi & proses-proses yang terlibat.

Konsep & komponen air larian.
Slps m’almi pintasan,air hjn yg jtuh ke prmkaan bumi akn m’almi 2 proses iaitu:
a).m’alir dprmkaan sbg air larian.
b).mnyusup ke dlm tnah (infiltrasi) – akn mjdi sumber air bwh tnah.

Air larian : dtkrifkn sbg baki air hjn yg m;alir sma ada d atas prmkaan bumi,subprmkaan @ dlm sungai stelah jmlh kseluruhn hjn dtolak dgn yg m’almi sejatan,pintasan,susupn & yg dguna oleh tmbuhn.

3 komponen utma air larian :
a).larian air prmukaan.
b).larian air subprmukaan.
c).larian air dlm alur @ sungai.

Air larian trjdi apbla k’upyaan susupn tnah dlapisi.titisan hjn xdpt lagi msuk ke dlm tnah apbla smua rongga2 porinya tepu dpnuhi air oleh titisn sblmnya.
Pda thp ini,air hjn yg tlah mnyusup sblmnya boleh m’alir dbwh & hmpir dgn prmkaan bumi brsama partikel2 tnah yg x stabil msuk dlm sungai (dpnggil alirn tepu @ alirn subprmukaan).

Klasifikasi sungai @ alur yg m’alirkn air.

1.Sungai fana.
Sungai @ alur yg m’alirkn air smasa hjn/sbaik salji cair.
X ada alirn dasar : krn aras mata air jauh ke bwh drpda dasar sungai.
Bsifat alirn trus.
Trdpt dkwsn gersang @ separa gersang.
X mpunyai slurn yg kekal.

2.Sungai jeda.
Mrupakn alur yg m’alirkn air dlm jeda masa trtentu sprti 2 @ 3 bln dlm stahun. ( m’ikut musim hjn – slebihnya kering).
Trdpt dkwsn monsun tropika.
Aliran dasar brlaku pda musim hjn shja.
Pda musim kering aliran akn trhnti krn kurang air.

3.Sungai saka.
sungai saka adalh alur yg m’alirkn air sungai spnjang thun.
Trdpt dkwsn tropika lembap khususnya dkwsn khatulistiwa.
Wlau pda musim kemarau,sungai ini x kering & dasarnya akn trus m’alir

Faktor2 yg m’pengaruhi air larian permukaan.
1.kuantiti hjn.
2.bntuk hjn m’ikut masa.
3.pngaruh geologi stempat.
4.pngaruh fktor keruhn.
5.pngaruh fktor tumbuhn.


Faktor2 yg m’pengaruhi air larian di dlm alur sungai.
A.saiz @ kluasan lembangan saliran.
B.bntuk lembangan saliran.
C.kcerunan @ gradien dasar alur sungai.
D.kepadatan saliran.

- Ksemua fktor ini amat dpengaruhi oleh ciri2 kwsn tadahan @ lembangn saliran.

Proses susupan & prgerakn air tanih
Susupan @ infiltrasi : prgerakn air hjn yg brlaku scara mnegak mnerusi liang2 pori tnah @ mnerusi ruang2 udara yg ada d dlm tnh.
Kadar susupan brgntung kpda saiz,bntuk & % liang pori yg dmiliki oleh sesuatu jnis tnah.
Air hjn yg mnyusup msuk ke dlm tnah akn dsimpan dlm formasi batuan yg boleh mnakung & mbendung air.
Formasi ini dpnggik akuifer yg boleh mnyimpn air d dlm tnah & btndak sbg konduit utk air trsbt m’alir mnuju ke sungai sbg aliran dasar.

Keupayaan akuifer m’alirkn air yg dsimpannya brgntung kpda fktor sprti kcerunan,kterlapan & luas keratan rentas sesuatu akuifer sprti yg di utarakn oleh Hukum Darcy.
Selain dsimpn dlm akuifer,air hjn mnyusup msuk ke dlm tnah,dsimpan dlm zon pengudaraan yg brhmpirn dgn prmukaan bumi (dkenali sbg zon xtepu @ air tanih).

Edaran air tanih.

Konsep air tanih.
Air tanih : semua air yg trdpt dbwh pmukaan bumi.
Sumber air tnih mwakili 95% drpda sluruh sumber air tawar d dunia yg boleh dgunakn.
Air tnaih wujud dlm 2 zon yg brlainan :

A).zon x tepu.
Dkenali sbg zon pngudaraan.
Trletak brhmpirn prmukaan bumi.
Air yg trsimpan dlm zon pngudaraan ini dnamakn sbg air tanih yg dpngaruhi oleh tegangan.
Air tanih m’nentukn nilai klembapan tanih.

b).zon tepu.
Air yg wujud d dlm semua rongga pori tanih.
Trletak d bwh lapisn tanih.
Air d zon ini mnyumbang kpda perigi & mata air.
Air yg wujud dlm zon ini d anggp sbg air tanih yg sbnrnya.
M’ikut Waltz (1969) :
-air tanih ialh air yg wujud dbwh prmukaan bumi yg brada dlm zon tepu yg mana tekanan hidraustatiknya sama @ lebih besar brbnding tekanan atmosfera.

Asal usul air tanih.
M’ikut Ayoade (1988) air tanih brasal drpda kerpasan khususnya hjn & cairn salji yg jtuh ke prmukaan bumi,kmudian m’alami susupan @ resapan ke dlm tanih.
Air hjn yg trsusup akn trsimpan dlm formasi batuan yg telap air,dkenali sbg akuifer.
Nmun,trdpt sumber2 larian air tanih sprt air galian & air muda.
Sbg praktiknya,semua air tanih dkatakn brasal drpda atmosfera iaitu sumber kerpasan sama ada hjn @ salji.

Proses susupan brgntung kpda kerpasan tanih yg mrujuk kpda kebolehupayaan air mnyusup msuk mlalui liang2 pori dlm partikel2 tanih & amat brgntung kpda :

Faktor2 yg mpengaruhi proses susupan
A).jmlh liang pori.
B).struktur @ susunan partikel tanih.
C).komposisi & saiz partikel tanih.
D).lembapan tanih.


Selain keporosan tanih,fktor2 lain adlh :

A.)fktor hjn.
B).tumbuhn litupan.
C).ciri2 batuan.
D).aktiviti manusia.

SISTEM HIDROLOGI

TEMA 4 : SISTEM HIDROLOGI

BAB 17 : KITAR HIDROLOGI DAN PROSES – PROSES YANG TERLIBAT

• KITAR HIDROLOGI
• Konsep Kitar Hidrologi
Penelitian saintifik tentang kitaran air.
Istilah kitaran diguna untuk menerangkan pertukaran air yang berterusan.
Kitar hidrologi tidak ada titik permulaan dan penamat.
Untuk memulakan sesuatu kitaran lebih mudah bermula dari lautan.
Air tersejat ke dalam atmosfera dari lautan, membentuk wap-wap air yang berkumpul menjadi awan.
Wap air apabila mencapai ke peringkat tepu akan turun sebagai kerpasan sama ada dalam bentuk hujan,embun,salji dan sebagainya.
Kerpasan di bahagian daratan akan dialirkan dalam pelbagai cara seperti:
- melalui larian air permukaan atau
- Di alir oleh sistem sungai ke laut
Sebahagian kerpasan akan menyusup ke dalam tanah dan mengalir sebagai air bawah tanah.
Selain daripada kerpasan itu mengalir ke laut,di fasa daratan juga berlaku proses seperti pintasan(interception),sejatan dari lembapan tanih dan juga sejat-peluhan tumbuhan,susupan(infiltrasi),storan(simpanan) serta rembesan air dalam tanah.
Di fasa lautan, kitar hidrologinya adalah lebih pendek dan lebih mudah.

Proses-proses dalam kitar hidrologi

Proses-proses dalam kitar hidrologi

Proses sejatan
Proses perpeluhan dan sejat peluh
Proses pemeluawapan
Kerpasan
Larian air permukaan
Susupan dan larian air bawah tanah

SEJATAN

• Konsep dan proses sejatan

Sejatan adalah penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air.
Merupakan proses asas dan pertama dalam kitar hidrologi.
Berlaku secara menegak.
Berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam atmosfera yang belum sampai keperingkat tepu.
Memerlukan bekalan haba yang mencukupi untuk memanaskan permukaan air sama ada daripada lautan,sungai,tasik,kolam dan lain-lain.
Kadar sejatan yang paling tinggi berlaku di permukaan air yang terdedah seperti laut,sungai,tasik,kolam,paya dan sebagainya.
Proses sejatan semula jadi akian berlaku sekiranya tekanan wap bagi udara sekitar kurang daripada tekanan wap pada permukaan air yang tersejat.
Proses sejatan juga berlaku dari permukaan tanah yang lembap.

Faktor yang mempengaruhi sejatan

Suhu
Tekanan wap
Angin atau turbulens
Kemasinan air
Kelembapan bandingan
Luas permukaan air

Sejat peluhan

• Konsep dan proses sejat peluhan
Berlaku menerusi proses perpeluhan.
Berlaku kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbending dengan tekanan udara dalam atmosfera.
Istilah sejat peluhan dari sudut hidrologi merujuk kepada kehilangan air dari proses sejatan secara langsung,sejatan dari tanih dan proses perpeluhan dari tumbuhan.
Sejat peluhan boleh dibahagi kepada dua iaitu:
- Sejat peluhan potensi
- Sejat peluhan sebenar


• Sejat peluhan potensi

Mengikut Thornthwaite (1948) ialah Kuantiti air yang boleh disejatkan daripada permukaan tanih dan perpeluhan daripada tumbuhan.
Mengikut Penman (1956) pula,ialah jumlah air yang terpeluh dalam unit masa daripada satu permukaan tanaman hijau yang rendah dan membesar dengan aktif melindungi tanah tersebut.

• Sejat peluhan sebenar

Kuantiti air yang sebenarnya disejatkan daripada tanih dan perpeluhan tumbuhan dalam satu jangka masa yang tertentu di bawah keadaan lembapan tanih dan litupan tumbuhan yang berubah-ubah.

• Faktor-faktor yang mempengaruhi sejat peluhan

Kelembapan bandingan permukaan tanah dengan udara di atasnya
Suhu udara di atas permukaan tanih yang tinggi
Terdapat aliran udara yang tinggi agar dapat mengalih udara tepu di atas permukaan tanah dan menggantikannya dengan udara kering
Mempunyai kelembapan tanih secukupnya untuk menyumbang kepada sistem akar pokok
Terdapat bahangan matahari yang tinggi dan suhu yang tiggi untuk merangsangkan tumbesaran pokok dan seterusnya mempengaruhi kadar perpeluhan.

Pemeluwapan

• Konsep dan proses pemeluwapan

Menghasilkan kelembapan udara seterusnya membentuk awan setelah ia mengalami proses pemeluwapan.
Satu proses penukaran wap-wap air kepada cecair seperti hujan atau pepejal seperti salji.
Terjadi akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dalam atmosfera,
Jisim udara menjadi sejuk dan penyejukan dinamakan adiabatik.
Penyejukan berlaku melalui sentuhan apabila dua kumpulan udara yang berlainan suhu (panas dan sejuk) bertemu di mana jisim udara yang panas akan disejukan oleh jisim udara yang sejuk
Jika suhu di bawah takat embun di bawah takat beku maka wap-wap air dalam jisim udara berkenaan bertukar kepada pepejal (salji).
Proses pemeluwapan juga memerlukan zarah higroskopik seperti garam dan karbon untuk menarik wap-wap air berkumpul ke arahnya membentuk manik-manik hujan.
Terdapat tiga keadaan yang membolehkan proses pemeluwapan berlaku
- Kandungan wap air dalam atmosfera mesti cukup
- Berlakunya proses penyejukan udara hingga ke paras atau ke bawah takat embun
- Mesti terdapat nukleus-nukleus pemeluwapan.
ketiga-tiga faktor ini berintegrasi antara satu sama lain bagi mewujudkan proses pemeluwapan.
- Kandungan wap-wap air yang cukup dalam atmosfera.
- Takat embun berkait dengan kejatuhan suhu sehingga 0c.
- Nukleus pemeluwapan adalah untuk menggalak dan mempercepatkan proses pembentukan titisan air.
- Proses pemeluwapan berlaku pada nukleus pemeluwapan yang bersifat cita air.
- Natrium klorida yang dibawa oleh angin dari permukaan laut dianggap sebagai nukleus pemeluwapan yang terbaik kerana saiznya besar dan mempunyai diameter sehingga 10 mikron.
Proses pemeluwapan berlangsung melalui penyejukan.Proses itu boleh dibahagikan kepada tiga cara iaitu.
- Penyejukan alir lintang
- Penyejukan sinaran
- Penyejukan adiabatik.

Kerpasan

• Konsep dan mekanisme kejadian kerpasan

Didefinasikan sebagai lembapan yang terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan bumi sebagai cecair ataupun pepejal.
Sebelum berlakunya kerpasan maka terlebih dahulu mesti berlakunya proses pemeluwapan dan pejalwapn atau kedua-duanya sekali.
Bermula dengan proses pemeluwapan,setiap bintik air yang terbentuk akan membesar dan bercantum antara satu sama lain.bintik-bintik air ini akan terapung-apungsebagai awan.
Menurut teori Bergeron-Findiesen menerangkan bahawa pembentukan kerpasan berlaku apabila suhu atmosfera jatuh dengan cepat di bawah takat beku akibat pertukaran adibatik.
Teori pelanggaran perlu mengemukakan bahawa berlaku pelanggaran hablur-hablur ais atau bintik-bintik air semasa jatuh dari awan sehingga menyebabkan percantuman antara bintik-bintik air tersebut.

• Jenis-jenis kerpasan

Hujan
Salji
Hujan beku
Hujan batu
Embun beku (rime)

• Hujan sebagai bentuk kerpasan utama

Terjadi melalui tiga cara iaitu hujan perolakan, hujan bukit(orografi), hujan perenggan.
Hujan perolakan bermula dengan sejatan.
Kejadian hujan perenggan pula berkait dengan pertembungan dua jisim udara yang berlainan suhu.
Hujan bukit pula sering berlaku di kawasan banjaran gunung yang mengadap arah tiupan angin laut.

• Pintasan atau Cegatan Silara

- Dalam konteks semula jadi pintasan di lakukan oleh tumbuh-tumbuhan.
- Mengikut Horton (1919) pintasan atau Cegatan Silaramerujuk kepada halangan dari kanopi (silara) tumbuhan terhadap air hujan yang turun.
- Apabila titisan hujan yang pertama jatuh ke atas sehelai daun, ia akan disimpan oleh daun tersebut buat sementara waktu sebelum disejat kembali.simpana ini dikenali sebagai storan sementara.
- Terdapat tiga komponen pintasan bagi sebatang pokok iaitu jatuhan langsung,titisan kanopi dan aliran batang.
- Air hujan yang terus langsung jatuh ke lantai dinamakan sebagai jatuhan langsung.
- Air hujan yang dipintas oleh daun yang dititis oleh daun dinamakan sebagai titisan kanopi.
- Air hujan meleleh mengikut dahan dan batang dikeneli sebagai aliran batang.
- Pintasan amat penting dalam konteks kitar hidrologi untuk meningkatkan simpanan air tanah dikawasan tadahan.

• Faktor-faktor yang mempengaruhi pintasan

- Perubahan aliran batang amat bergantung kepada jenis batang pokok berkenaan.batang pokok yang licin mengalirkan air yang lebih cepat.sudut percambahan ranting pokok juga juga mempengaruhi jumlah air yang dapat mengalir.
- Bagi jatuhan langsung, ianya amat bergantun kepada saiz kanopi.saiz kanopi yang besar berupaya memerangkap lebih banyak air.
- Selain daripada sifat tumbuhan,kadar pintasan juga dipengaruhi oleh keamatan hujan.
- Kehilangan air melalui pintasan semakin berkurangan apabila jumlah hujan semakin tinggi dan lebat.