Wednesday, September 1, 2010

KESAN-KESAN GeMPA BUMI



DEFINISI GEMPA BUMI
Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.
Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.
Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).

Gempa bumi
Alat yang diguna untuk mengukur kekuatan gempa bumi dinamakan sebagai mesin seismograf dan kekuatan gempa bumi diukur menggunakan unit skala richter.
Tolok yang paling terkenal untuk mengukur kekuatan gempa bumi ialah skala magnitud Richter atau lebih dikenali sebagai skala Richter yang diperkenalkan pada tahun 1935 oleh Charles F. Richter.
Ia mengukur pergerakan bumi yang disebabkan oleh gempa bumi di mana setiap pertambahan satu nombor dalam magnitud bermakna tenaga yang dibebaskan oleh gempa adalah 32 kali ganda lebih besar.
Terdapat dua faktor yang menyebabkan tjadinya gempa bumi.Pertama faktor pergerakan plat taktonik sama ada melalui pertembungan,pencapahan,@ pegeseran.Kedua,faktor letusan gunung berapi yang sangat kuat.
Gempa bumi terbahagi kepada 2 jenis iaitu;

A)GEMPA TEKTONIK
B)GEMPA VULKANIK

Jenis-jenis gempa bumi
Gempa tektonik tjadi disebabkan perlepasan tenaga secara tiba-tiba apabila plat-plat tektonik bertembung,mencapah,dan bergesil anatara satu sama lain.Gegaran gempa bumi akan dirasai disepanjang sempadan plat yang terlibat.
Gempa vulkanik terjadi semasa letusan gunung berapi yang sangat kuat.magma akan menggesel,merempuh dan memecahkan batuan yangada dsepanjang lohong semasa bergerak ke permukaan bumi.Kesan pergerakan magma dan pemecahan batuan tersebut didalam lohong akan menyebabkan gegaran yang boleh menghasilkan gempa bumi.


Punca Kejadian Gempa Bumi
GEMPA bumi ialah gegaran bumi yang disebabkan oleh rekahan dan penganjakan sebahagian besar lapisan luar batuan bumi secara tiba-tiba.
Gempa bumi yang kuat mampu untuk membebaskan tenaga 10,000 kali ganda lebih banyak daripada tenaga yang dibebaskan oleh ledakan bom atom yang menghancurkan Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945 di Jepun
Gempa bumi boleh mencetuskan tanah runtuh, menyebabkan kerosakan serta kehilangan nyawa dan sekiranya ia terjadi di dasar lautan ia boleh mencipta siri ombak besar pemusnah yang dikenali sebagai tsunami atau ombak laut seismos seperti yang melanda Acheh pada 26 Disember 2004
Kebanyakan gempa bumi terjadi di sepanjang sesar iaitu rekahan di dalam lapisan luar batuan bumi di mana bahagian batuan menggelongsor berulang kali melepasi antara satu sama lain.
Sesar berlaku di kawasan batuan bumi yang lemah.
Tekanan di dalam bumi menyebabkan bongkah batuan yang besar di sepanjang sesar menjadi terikan.
Apabila terikan menjadi terlalu kuat, batuan akan merekah dan pecah hingga membentuk kedudukan baru yang menyebabkan berlakunya gegaran gempa bumi.
Apabila gempa bumi berlaku, batuan yang merekah dengan hebat itu akan membebaskan getaran yang dikenali sebagai gelombang seismos.
Gelombang ini bergerak keluar dari pusat gempa dalam semua arah dan ia secara beransur-ansur menjadi lemah.
Oleh sebab itu, umumnya bumi semakin kurang mengalami gegaran pada tempat yang semakin jauh dari pusat gempa.
Kejadian gempa bumi juga menyebabkan korban nyawa yang begitu tinggi.sehingga kini bilangan korban diseluruh dunia akibat kejadian gempa bumi yang besar ialah seramai 6.2 juta orang.negara china adalah negara yg paling ramai terkorban iaitu 3.2 juta orang,diikuti negara timur tengah seramai 1.4 juta org.
Walaupun malaysia berada diata plat tektonik plat sunda yg stabil dan diluar zon gempa bumi asia tenggara ttp kedudukan ini masih hampir dgn sempadan plat tektonik yg aktif iaitu yg terletak di juluran sumatera.
Antara peristiwa gegaran yg dirasai malaysia akibat gempa bumi di indonesia antara tahun 1994 hingga 2002 ialah.

A) tahun 1994 gegaran dikuala lumpur dirasai berpunca drpd gempa bumi berdekatan kepulauan siberut,indonesia yg jaraknya 570 km dr
semenanjung malaysia.
B) tahun 1995 gegaran disekitar johor baharu berpunca drpd gempa bumi di indonesia 450 km dr perairan johor.
C) tahun 1996 gegaran dirasai dibeberapa bandar spt setiawan,lumut dan tronoh di perak,sekitar pulau pinang dan kuala lumpur akibat gempa bumi 300 km dr perairan perak yg berskala 5.4 skala richter.
D) tahun 2000 gegaran di johor baharu,pontian dan kuala lumpur akibat gempa bumi di sumatera yg berskala 7.5 skala richter.
E) tahun 2002 gegaran di pulau pinang dan perlabuhan klang akibat gempa bumi di sumatera.gegaran akibat gempa ini menimbulkan suasana panik beberapa penghuni flat perumahan dan hospital kuala lumpur.

DEFINISI TSUNAMI
Tsunami berasal drpd perkataan Jepun yg bermaksud “OMBAK PERLABUHAN”.tsunami bole juga di takrifkan sbg ombak besar(ombak raksasa) yg terhasil akibat gempa bumi dasar laut,letusan gunung berapi di dasar laut serta hempasan meteor (komet ) dilaut.Ketiga-tiga faktor ini mewujudkan tenaga yg kuat yg memindahkannya ke air laut membentuk gelombang yg besar iaitu dikenali sebagai tsunami.
Tsunami merupakan proses fizikal yg berlaku selepas gempa bumi dan letusan gunung berapi di dasar laut.ia mengambil masa beberapa minit hingga kebeberapa jam selepas berlaku gempa bumi.
Akibat gempa bumi dasar laut,tenaga dalam bentuk gelombang seismik akan dilepaskan oleh lapisan kerak bumi yg terlibat.tenaga ini dgn cepat akan dipindah keair laut menyebabkan wujudnya gelombang yg besar.
Walaupun kawasan pantai yg cetek memperlahankan kelajuan tsunami ttp telah meningkatkan ketinggian ombak iaitu ombak tsunami menjadi semakin besar apabila menghampiri pantai.ketika ombak sedang bergulung,larutannya akan menaik semua air laut di tepi pantai menyebabkan pantai kelihatan spt surut,ttp selepas itu ia akan melepaskan semua air yg disedut dgn kuat dan menghempas pantai hgga mendatangkan kerosakan yg teruk dikawasan pinggir pantai yg terlibat dan boleh menjangkau jauh kekawasan daratan.

Pusat Gempa Sedunia, 1963–1998

KEJADIAN TSUNAMI PADA 26 DISEMBER 2004
Gelombang tsunami yg berlaku pd 26 disember 2004, adalah berpunca drpd gempa bumi yg terjadi di utara sumatera pd kedudukan latitud 3.31 darjah utara dan longitud 9.854 darjah selatan.gempa bumi tersebut berlaku pd kedalaman 30 km di bawah lautan Hindi.kedudukan pusat gempa(epicenter) tersebut ialah pd 250 km dr bandar Acheh.
Gempa bumi berlaku krn plat tektonik lautan hindi menyusup masuk ke bawah plat tektonik sumatera.proses penyusupan plat tektonik kebawah ini dikenali sebagai subduksi(zon benam).
Di tengah laut, gelombang tsunami ini berketinggian hanya beberapa m sahaja ttp mempunyai kelajuan melebihi 500 km sejam dan panjang gelombang tersebut menjangkau ratusan kilometer karana ia di bekalkan tenaga seismik yg cukup kuat utk menolak gelombang seismik tersebut ke pantai.
Landskap fizikal kawasan pantai juga turut terjejas.pantai terhakis teruk dan mendapan lumpur dan sampah sarap dr laut dibawa dan di mendapkan di darat.selain itu berlakunya juga kemusnahan kawasan pertanian.
Menyedari hakikat kedatangan tsunami boleh di ramal, malaysia telah menyediakan sistem amaran awal tsunami kebangsaan SAATNM sebagai langkah awal utk mengelakan bencana tersebut drpd mengorbankan manusia.
SAATNM tlh diletakkan dipeairan laut Andaman, berhampiran pulau Rondo,sumatera yg terletak 60 km dr bandar Acheh dan 500 km dr Pulau Langkawi.sistem ini mampu mengesan sebarang gelombang tsunami sekiranya berlaku gempa bumi yg kuat dilautan Hindi.

Gelombang tunami

Bagaimana tsunami berlaku
Sempadan kepingan-kepingan dan taburan pusat gempa bumi

Gempa bumi yg berlaku sepanjang 30 tahun

Kesan-kesan tsunami

RAMALAN GEMPA BUMI
Ahli seismologi boleh membuat ramalan jangka panjang yang agak tepat tentang tempat yang akan berlakunya gempa bumi.
Kebanyakannya berlaku di sepanjang kawasan yang mengelilingi Lautan Pasifik yang lebih dikenali sebagai Lingkaran Api kerana ia mempunyai banyak gunung berapi, kejadian gempa bumi dan pelbagai aktiviti penyelidikan geologi di sana.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.