Wednesday, September 1, 2010

EKOSISTEM HUTAN HUJAN TROPIKA

Jenis-jenis ekosistem hutan hujan tropika;
  • Hutan hujan tropika @ disebut sebagai hutan hujan lembab merupakan satu biome yang merangkumi pelbagai  jenis ekosistem yang paling rumit di atas muka bumi ini.
  • Ekosistem hutan hujan tropika hanya meliputi 10% daripada kawasan daratan di muka bumi tetapi ia menampung antara 40%-50% daripada jumlah spesis yang ada di atas muka bumi ini.
  • Kepelbagaian jenis ekosistem di dalam hutan hujan tropika disebabkan terdapatnya pelbagai jenis tumbuhan semula jadi yang dipengaruhi oleh kepelbagaian jenis iklim yang wujud.
  • Mengikut Van Steenis, tumbuhan semula jadi di kawasan hutan hujan tropika boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang besar & setiap satu kumpulan tersebut mngandungi ekosistem tersendiri.
Ciri ekosistem hutan hujan tropika malar hijau(rain forest)
  • Ekosistem ini dikenali sebagai hutan hujan khatulistiwa.
  • Ekosistem ini merupakan tumbuh-tumbuhan klimaks yang tumbuh di kwsan yang menerima hujan di antara 2000 mm - 4000mm setahun & purata suhunya kira-kira 25%-27% tanpa beza antara suhu harian yang ketara.
  • Hutan hujan merupakan biome yang mengalami keadaan iklim yang optimum.
  • Di malaysia hutan ini tumbuh dengan subur kerana ia mmpunyai jumlah hujan yang banyak.
  • Namun begitu, taburan & komposisi hutan ini adalah berbeza mngikut ketinggian muka bumi dari aras laut.
  • Ciri hutan malar hijau yang paling ketara ialah kewujudan kepelbagaian biologi (biodiversiti) @ kepelbagaian spesis yang banyak walaupun di sebuah kawasan mikro.
  • Ekosistem hutan ini memang kaya dengan kepelbagaian spesis flora & fauna.
  • Ciri istimewa ekositem hutan hujan tropika malar hijau ialah sifatnya yang berlapis-lapis @ bersrata.
  1. LapisanA; lapisan tertinggi dengan ketinggian antara 40-50 meter dengan munculan pokok yang lurus & tegak. 

  • Munculan pokok ini mnunjukkan kedudukannya yang jauh lebih tinggi berbanding dengan kanopi hutan yang seluruhnya.
  • Wujud secara sepokok @ secara berkumpulan.
  • Silara pokok ini agak lebar & berbentuk payung.
  • Bentuk silaran diguna untuk mengenal pasti spesis pokok tersebut.
  • Di malaysia pokok ini mungkin terdiri daripada jenis pokok balak yang besar seperti cengal, meranti, tualang, keruing, nyatoh & sebagainya.
  • Pokok tertinggi yang pernah direkodkan di Malaysia ialah jenis koompassia yg terdapat di Sarawak dengan ketinggian kira-kira 83.82 meter.
  • Lapisan A biasanya menjadi habitat pelbagai jenis burung & juga serangga seperti lebah.
  2. Lapisan B;dikenali sebagai lapisan kanopi yg mmpnyai ketinggian antara 25-30 meter.
  • Jenis pokok hopea & vatica dari keluarga Dipterocarpaceau merupakan jenis pokok utama membentuk lapisan B.
  • Silara pokok ini bulat &  tidak selebar pokok akibat halangan kemasukan cahaya matahari dari pokok munculan tersebut.
  • Pokok di lapisan B mempunyai banyak akar banir iaitu sejenis akar yang timbul di permukaan tanah.
3. Lapisan C;dikenali juga sebagai lapisan tengah yg mempunyai ketinggian antara 15-20 meter.
  • Merupakan lapisan paling padat terdiri daripada pokok berbatang kecil & lurus.
  • Selain itu, lapisan ini juga terdiri daripada pokok dari jenis lapisan A & B yang sedang membesar & masih belum matang.
  • Di lapisan C ini juga banyak tumbuhan epifit seperti orkid, lumut & kulampair.
4. Lapisan D; lapisan D boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu pertama, lapisan pokok 
    renek dengan ketinggian sekitar 5 meter.
  • Lapisan pokok ini menerima cahaya matahari sedikit akibat halangan daripada lapisan A, B & C di atas & ia merupakan habitat utama bagi monyet, tupai & musang.
  • Kedua ialah lapisan bawah@ dikenali sebagai lapisan lantai hutan & lapisan ini agak jarang.
  • Bagi lapisan lantai hutan yang tidak ditembusi oleh cahaya matahari maka tumbuhan tidak berklorofil seperti saprofit & parasit sahaja yang boleh tumbuh.
  • Contoh saprosit ialah, rafflesia yang mempunyai bunga yang besar.
  • Manakala lapisan hutan yang ditembusi cahaya matahari akan ditumbuhi pokok renek yang berklorofil seperti pokok herba.
Ciri2 lain ekosistem hutan hujan tropika ialah wujud persaingan antara pokok2 utk mndptkan cahaya matahari.
  • Oleh sebab itu, kebanyakkan pokok bersifat tinggi, lurus & hanya berdahan di bahagian atas sahaja.
  • Dalam istilah ekosistem ia dipanggil sebagai simbiosis.
  • Simbiosis terbahagi kepada 3 jenis iaitu;
  • komensalisme iaitu satu perkongsian yang menunjukkan satu organisma mendapat faedah tanpa merugikan organisma yang satu lagi.
  • kesalingan iaitu kedua-dua organisma mendapat faedah.
  • paratisme iaitu hanya satu organisma sahaja mendapat faedah manakala organisma yang satu lagi mendapat kerugian.
  • Contoh komensalisme ialah seperti pokok pepanjat & epifit yang menggunakan pokok besar yang lain sebagai sokongan tanpa mendatangkan kerugian kepada pokok perumah tersebut. 
  • Pepanjat mempunyai akar di dalam tanah & hanya memerlukan sokongan (pokok2 besar) untuk mendedahkan daunnya kepada cahaya matahari.
  • Contoh pokok pepanjat seperti pokok rotan, akar tuba @ pokok pepanjat yang mempunyai sulur paut. 
  • Kulat & alga boleh hidup di kawasan yang kekurangan nutrient @ di kawasan suhu yang agak panas.
  • Manakala parasit pula boleh memusnahkan pokok yang ditumpanginya dalam jangka masa yang lama.
  • Hutan hujan tropika yang begitu tebal & lebat daunnya membekalkan bahan organik yang banyak apabila ia gugur ke tanah.
  • Persekitan yang lembab menyebabkan mikro organisma amat aktif untuk mereput & menguraikan bahan-bahan organik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.