KONSEP
BERASAL DARIPADA BAHASA YUNANI
GEO = BUMI
MORPHE = BENTUK
LOGOS = ILMU / KAJIAN
= KAJIAN BENTUK BUMI
BIDANG SAINS BUMI YANG MENGKAJI INTERAKSI ANTARA PROSES, FAKTOR DAN BENTUK DI PERMUKAAN BUMI SECARA SAINTIFIK
BERKAIT RAPAT DENGAN DISIPLIN SAINS YANG LAIN SEPRTI FIZIK, KIMIA, BIOLOGI, KARTOGRAFI, GEOLOGI, PEDOLOGI DSB.
PROSES-PROSES GEOMORFOLOGI
PROSES ENDOGENIK
PROSES EKSOGENIK
PROSES ENDOGENIK
PROSES YANG BERPUNCA DARI DALAM BUMI SEPERTI PERGERAKAN PLAT TEKTONIK, LIPATAN KERAK BUMI, GELICIRAN, GEMPA BUMI, GUNUNG BERAPI DAN AKTIVITI IGNEUS SERTA PROSES METAMORFOSISME BATUAN.
LAPISAN ASTENOSFERA
(LAPISAN SEPARA CAIR YANG SANGAT PANAS)
WUJUD TENAGA HABA DAN ARUS ARUS PEROLAKAN.
MENJADIKAN LITOSFERA DALAM KEDUDUKAN TERAPUNG
PROSES PROSES ENDOGENik
1. PEMULIHAN ISOSTASI
PROSES PENGANGKATAN DAN PENURUNAN BLOK. lKERANA LAPISAN ASTENOSFERA BERSIFAT ELASTIK. APABILA BERLAKU PENAMBAHAN BERAT DI ATAS BUMI MAKA BLOK BUMI MENURUN DAN APABILA BERLAKU PENGURANGAN BERAT BEBAN BLOK BUMI TERANGKAT UNTUK MENCAPAI TAHAP KESEIMBANGAN
2. OROGENESIS
lPROSES LIPATAN KERAK BUMI . lPUNCA –KUASA HIMPITAN / MAMPATAN .lMENGHASILKAN BANJARAN GUNUNG LIPAT YANG DISELANGI DENGAN LURAH .
3. GELINCIRAN
BERPUNCA DARIPADA DAYA TEGANGAN DAN HIMPITAN YANG DIALAMI KERAK BUMI. AKIBATNYA ADA BLOK BUMI YANG TERANGKAT MEMBENTUK GUNUNG BONGKAH DAN YANG JATUH MEMBENTUK LURAH GELINCIRAN.
4. GEMPA BUMI
GEMPA BUMI BERLAKU APABILA ADA PERLANGGARAN ATAU PENCAPAHAN PLAT TEKTONIK. HAL INI DEMIKIAN KERANA, KEDUDUKAN KERAK BUMI YANG TERLETAK DI ATAS ASTENOSFERA MENYEBABKANNYA BERADA DALAM KEDUDUKAN TERAPUNG. GEMPA BUMI KUAT DI LAUT MENGHASILKAN TSUNAMI.
5. AKTIVITI GUNUNG BERAPI
BENTUK BENTUK JALAR DALAM
DUA JENIS AKTIVITI IAITU IGNEUS JALAR DALAM DAN IGNEUS JALAR LUAR.
JALAR DALAM MELIBATKAN PEMBEKUAN MAGMA HAMPIR DENGAN PERMUKAAN BUMI.
JALAR LUAR IALAH BENTUK BUMI YANG TERHASIL AKIBAT LETUSAN GUNUNG BERAPI
PROSES METAMORFOSISME DALAM KITARAN BATUAN
6. PROSES METAMORFOSISME
MELIBATKAN PERUBAHAN STRUKTUR DAN TEKSTUR KIMIA BATUAN. FAKTOR – HABA DAN TEKANAN TINGGI. AKIBATNYA BATUAN BERTUKAR MENJADI BATUAN YANG LEBIH KERAS DAN BERNILAI.
BATU BERHARGA DARIPADA PROSES METAMORFOSIS
CONTOH MARMAR, INTAN, KRISTAL
Tuesday, August 31, 2010
Sistem Atmosfera
A) KONSEP ATMOSFERA
Atmosfera ialah satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa yang berada di atas permukaan bumi disebabkan oleh tarikan daya graviti bumi.”
B) STRUKTUR ATMOSFERA
(Termosfera, Mesosfera, Stratosfera, Troposfera)
Ciri Termosfera/ionosfera
Suhu meningkat mengikut ketinggian sehingga 1000˚C.Lapisan paling bawah dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul oksigen. Berlaku pemisahan electron bercas negative daripada atom oksigen dan molekul nitrogen. Penting untuk telekomunikasi.
Ciri Mesosfera
Ketinggian sehingga 80 km, suhu berkurangan mengikut ketinggian sehingga -90˚C. Di kawasan ini wujud awan noktilusen. Bahan meteor mula terbakar di sini
Ciri Stratosfera
Ketinggian sehingga 50 km, suhu bertambah secara perlahan-lahan mengikut ketinggian. Lapisan ini sangat kering, tidak mengandungi awan atau cuaca. Mengandungi gas ozon.Kebanyakkan bahan meteor memasuki lapisan ini.
Ciri Troposfera
Ketebalan kira-kira 8 km, meliputi 25 % daripada jisim bumi. Pengurangan suhu 6.5˚C bagi setiap 1000m.Kawasan terdapatnya perubahan iklim dan cuaca.
C) KANDUNGAN ATMOSFERA
1. Gas kekal
Gas yang tetap di atmosfera seperti Nitrogen ( 78.09%), Oksigen (20.95%) dan Argon (0.93%).
2. Gas berubah
Gas yang kandungannya tidak tetap di atmosfera. Contohnya :
a.Karbon dioksida :
sentiasa bertambah
i. memasuki atmosfera melalui tindakan
organisma hidupan lautan dan
daratan.
ii. peningkatan penggunaan bahan api
fosil oleh manusia
b.Ozon :
sentiasa berkurangan
- melalui kitar fotokimia iaitu
melibatkan percantuman semula
dengan atom oksigen menyebabkan
kehilangan bersih oksigen ganjil.
O3 + O = 2O2
c.Klorofluorokarbon (CFC) :
sentiasa bertambah
i. punca: bahan-bahan aerosol, bahan
penyejuk (freom) , bahan
pencuci dan penyaman udara
ii.terlerai dan membebaskan klorin
yang juga terlibat dalam
pemusnahan lapisan ozon.
d.Nitrogen Oksida (NOX)
sentiasa bertambah
i. mekanisme biologi di lautan dan
juga dalam tanah.
ii. pembakaran industri, kenderaan,
biojisim, dan penggunaan baja
kimia.
e.Sulfur dioksida (SO2)
sentiasa bertambah
pembakaran arang batu dan minyak serta peleburan tembaga.
Penambahan dan pengurangan kumpulan gas ini akan mempengaruhi :
i. pencemaran
udara
ii.peningkatan gas
rumah hijau
iii .hujan asid
iv. penipisan
lapisan ozon
v. pemanasan
global
3. Juzuk bukan gas
Dikenali sebagai bahan aerosol termasuk habuk, asap, zarah garam, zarah tanah, dan habuk galian daripada pembakaran kering, karbon dan habuk gunung berapi.
Mengakibatkan fenomena jerebu
D) PERANAN ATMOSFERA
1. Kepada Biologi
Oksigen - penyokong kepada semua kehidupan di permukaan bumi.
2. Mencorakkan kontur permukaan bumi
Kejadian cuaca seperti angin, hujan dan larian air. Tindakan unsur-unsur cuaca ini telah mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi yang sentiasa berubah tanpa mengira masa dan tempat.
3. Kekayaan semula jadi
Perlombongan logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam melalui tindakan kimia air hujan ke dalam batuan.
4. Perdagangan / rekreasi
Pedagang pada zaman dahulu menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan angin.
5. Membentuk dan menpengaruhi cuaca
Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan. Manusia perlu menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang ekstrem agar tidak mengalami kesan perubahan tersebut.
Sunday, August 29, 2010
Nota Sistem Hidrologi
TEMA : SISTEM HIDROLOGI
KONSEP Kitaran hidrologi
Fasa-fasa pertukaran air dalam pelbagai bentuk(cecair,gas dan pepejal) dan melalui pelbagai ruang di bumi secara berterusan. Ia meliputi pelbagai proses fizikal dan simpanan.
Imbangan Air
Imbangan air merupakan keseimbangan antara jumlah air yang diterima bersamaan dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera.
* Proses-proses dalam Imbangan air
a) kerpasan
b) sejatan
c) sejatpeluhan
d) larian permukaan
e) air bawah tanah
Lebihan air (air positif)
Lebihan air/imbangan air positif bermaksud jumlah kerpasan yang diterima melebihi jumlah sejat peluhan, perubahan air tanah, larian permukaan dan simpanan
PROSES KITARAN HIDROLOGI
i. Proses mendatar
a. Larian air permukaan
Baki air hujan yang mengalir di atas permukaan tanah setelah ditolak dengan air yang mengalami sejatan, pintasan, susupan, dan juga yang digunakan oleh tumbuhan dan setelah semua liang pori tanah tepu dengan air dan hujan tidak lagi boleh meresap sebaliknya menuju ke sungai, tasik,kolam dan laut
b. Aliran air bawah tanah
Air bawah tanah mengalir perlahan melalui liang dalam batuan di bawah permukaan. Air mengalir kerana terdapat perbezan tekanan dan kecerunan. Air dari Zon tepi mengalir menuruni cerun aras mata air hingga sampai ke sungai, tasik atau paya.
c. Alir Lintang atmosfera
Air tersejat ke dalam atmosfera dari lautan, membentuk wap-wap air yang akan berkumpul menjadi awan. Wap-wap air (awan) ini pula akan dialirkan secara melintang oleh angin ke bahagian daratan atau sebaliknya dari daratan ke lautan. Bila sampai ke tahap tepu akan turun sebagai kerpasan.
ii. Proses menegak
a.Sejatan
Proses penukaran bentuk air daripada cecair kepada wap air.Berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di atmosfera yang belum sampai ke peringkat tepu. Memerlukan bekalan tekanan haba dari matahari yang mencukupi untuk memanaskan permukaan air sama ada daripada lautan, sungai, tasik, kolam dll. Faktor-faktor mempengaruhi proses sejatan : Sila rujuk unsur sejatan di tema sistem atmosfera.
b.Sejatpeluhan(perpeluhan/ transpirasi)
Pemindahan wap air ke atmosfera melalui proses transiprasi dari tumbuhan dan sejatan daripada tanah dan tumbuhan. Terjadi kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera terutama pada waktu siang yang panas.
Faktor-faktor mempengaruhi proses sejatpeluhan
a) suhu permukaan tersejat
– semakin tinggi suhu air permukaan tersejat semakin tinggi kadar sejatpeluhan kerana partikel air akan mempunyai tenaga untuk bertukar ke wap air di atmosfera.
b) pengaruh angin
– jika terdapat pengaliran udara yang baik, kadar sejatpeluhan akan tinggi kerana udara yang bergerak akan membawa udara yang tepu keluar dengan ini memberi ruang untuk proses sejatpeluhan yang seterusnya.
c) kandungan air
- air bersih akan mudah tersejat berbanding air masin. Jika kandungan air tanih banyak mineral ia akan melemahkan proses sejatpeluhan.
d) litupan tumbuhan
– semakin banyak litupan tumbuhan di sesuatu kawasan ia akan menggalakkan proses transpirasi dan seterusnya sejatpeluhan.
e) kandungan lembapan tanih
– semakin tanah lembap semakin tinggi kadar sejatpeluhan kerana ketersediaan air untuk disejat.
c.Kerpasan
Kerpasan adalah lembapan yang terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dalam pelbagai bentuk iaitu cecair dan pepejal serta dalam intensiti yang berbeza.
d.Aliran batang
Air hujan yang turun meleleh mengikut dahan dan batang pokok sebelum sampai ke perrmukaan tanah.
e.Resapan/Infiltrasi
Proses pergerakan air masuk ke dalam tanih secara menegak melalui liang-liang pori tanih . Proses ini dipengaruhi kandungan air dalam tanah dan keporosan tanah.

Saturday, August 28, 2010
Soalan Pilihan
TEMA 1 : SISTEM BUMI
1. a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga. (5 markah)
(ii) Nyatakan bentuk-bentuk tenaga tersebut. (4 markah)
b) Dengan bantuan gambarajah, terangkan bagaimana kecondongan paksi bumi
menyebabkan keamatan tenaga solar yang diterima berbeza antara kawasan sederhana dengan kawasan tropika.(8 markah)
c)Jelaskan kesan keamatan tenaga solar terhadap tumbuh-tumbuhan di kawasan tropika lempab.(8 markah)
Cadangan Isi Jawapan:
a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga. (5 markah)
-Tenaga ialah keupayaan melakukan sesuatu kerja/aktiviti atau kemampuan untuk mewujudkan perubahan terhadap jirim
(ii) Nyatakan bentuk-bentuk tenaga tersebut. (4 markah)
-Bentuk-bentuk tenaga - tenaga haba, keupayaan, kimia, kinetik, bahang/radiasi, elektrik dan magnet
(b) Dengan bantuan gambarajah, terangkan bagaimana kecondongan paksi bumi menyebabkan keamatan tenaga solar yang diterima berbeza antara kawasan sederhana dengan kawasan tropika.(8 markah)
-Lukis gambarajah yang sesuai untuk membantu huraian
1. Kecondongan paksi bumi ialah 23 ½˚ dari garisan yang tegak pada rataan Londar-menyebabkan terdapat perbezaan keamatan tenaga solar yang diterima oleh kedua-dua kawasan.
2. Jarak matahari(beza ikut musim).Misalnya pada 22 Disember matahari lebih hampir dengan garisan Jadi tetapi pada 21 Jun, matahari lebih hampir dengan garisan Sartan manakala pada 21 Mac dan 22 September lebih hampir dengan garisan Khatulistiwa.
3. Kecondongan pancaran (pancaran tegak atau pancaran serong)
4. Jangkamasa pancaran (berkaitan dengan panjang waktu siang mengikut musim)
(c) Jelaskan kesan keamatan tenaga solar terhadap tumbuh-tumbuhan di kawasan
tropika lembap. (8 markah)
Perlu kaitkan antara keamatan tenaga solar dengan ciri-ciri tumbuhan di tropika
kefahaman dan penjelasan
- Oleh kerana kawasan tropika menerima tenaga solar yang banyak (sebahagiannya
telah dibalikkan oleh awan yang tebal) menyebabkan suhu di tropika lembap tidak
kurang 25˚C, sejatan dan kelembapan yang tinggi (80% pada jam 9.00 pagi) dan hujan
tahunan yang lebat sepanjang tahun melebihi 2000mm setahun – hutan hujan tropika
(hutan malar hijau) – mempengaruhi kadar keamatan yang diterima dan seterusnya
mempengaruhi ciri-ciri tumbuhan.
Kesan
1. Pokok-pokok besar yang berdaun hijau sepanjang tahun menyebabkan cahaya
matahari cuma sampai ke beberapa tompok kecil di dalam hutan dan ini pun
dalam beberapa jam sahaja setiap hari. Intensiti cahaya yang diterima oleh silara
pokok yang tinggi. Keadaan demikian rupa tidak memungkinkan pertumbuhan
pokok rendah di kawasan tropika. Sebaliknya pokok-pokok sentiasa bersaing
untuk mendapatkan cahaya matahari. Ini menyebabkan pokok-pokoknya
berbatang lurus dan bercabang-cabang di bahagian atasnya.
2. Keamatan cahaya matahari yang diterima oleh lantai hutan adalah rendah
berbanding dengan jumlah yang sampai ke silara. Di sebahagian besarnya
keamatan cahaya tidak mencukupi untuk menampung pertumbuhan tumbuhan
di lantai hutan. Kawasan yang menerima cahaya matahari akan ditumbuhi anak-
anak pokok dari lapisan A,B, dan C. (pokok-pokok besar mungkin tumbang di
tengah-tengah hutan dan melalui ruang inilah cahaya matahari sampai ke lantai
hutan). Anak-anak benih tumbuh setinggi beberapa cm sahaja setahun.
Pertumbuhan pesat hanya berlaku apabila hutan ditebang dan dibersihkan dan
menghasilkan belukar.
3. Pokok liana terpaksa bergantung kepada tumbuhan lain supaya tenaga cahaya
matahari dapat dicapai. Pokok liana kecil boleh hidup dalam keadaan yang gelap
atau teduh tetapi apabila sudah besar ia memerlukan cahaya.
4. Pokok-pokok saprofit dapat menyesuaikan diri dengan kadar keamatan tenaga
solar yang rendah dengan hidup di habitat yang gelap, kerana ia tidak
mengandungi klorofil. Ia dapat makan dari bahan reput atau humus dalam tanih.
5. Hutan di sekitar sungai yang besar adalah tebal dan sukar ditembusi kerana
lantai hutan ditumbuhi dengan pelbagai jenis hutan pokok renek dan pokok-
pokok yang rendah yang tidak jauh bezanya daripada belukar. Berbeza dengan
lantai hutan yang jauh dari sungai, lantai hutan di sekitar sungai menerima
cahaya matahari setiap hari.
Selamat Datang
Semoga blog ini dapat membantu pelajar-pelajarku dalam menghadapi saat genting/akhir stpm tahun ini. Harapan saya semoga kalian berjaya ke manara gading pada tahun hadapan.