Tuesday, March 8, 2011

NOTA TEPI GEOGRAFI STPM

Nota tepi Teks Pra U Geografi 1 STPM


Ciri-ciri Sistem Alam Sekitar Fizikal.
• Ada angkubah yang saling bertindakbalas.
• Tenaga dan bahan yang boleh masuk dan keluar.
• Ada sempadan.
• Pemulihan kendiri.

Jenis-jenis sesaran atau gelinciran:
• Sesar biasa.
• Sesar songsang.
• Sesar rabak.

Cara hakisan ombak:
• Hidraulik.
• Geselan.
• Lagaan.
• Larutan.

Unsur-unsur iklim bandar yang mengalami perubahan:
• Perubahan suhu menyebabkan pulau haba.
• Perubahan hujan menyebabkan hujan asid dan banjir kilat.
• Perubahan angin menyebabkan badai.
• Perubahan komposisi udara menyebabkan pencemaran serta jerebu.

Jenis-Jenis Sistem Alam Sekitar Fizikal.
• Sistem terpencil.
• Sistem tertutup.
• Sistem terbuka.

Bentuk bumi Igneus rejahan meliputi:
• Daik.
• Sil.
• Lopolit.
• Pakolit.
• Lakolit.
• Batolit.•

Unsur-unsur cuaca dan iklim meliputi:
• Suhu.
• Kerpasan.
• Kelembapan udara.
• Awan.
• Tekanan udara.
• Angin.

Proses-proses dalam kitaran hidrologi:
• Proses sejatan.
• Proses pepeluhahn dan sejat-peluhan.
• Proses pemeluwapan.
• Kerpasan.
• Larian air permukaan.
• Pintasan.
• Susupan dan aliran air bawah tanah.

Planet-Planet dalam sistem suria:

• Utarid.
• Zuhrah.
• Bumi.
• Marikh.
• Musytari.
• Zuhal.
• Uranus.
• Neptun.
• Pluto.

Bentuk bumi igneus terobosan:
• Kon Lava Asid.
• Kon Lava Bes.
• Kon Abu.
• Kon komposit.
• Penara basalt.
• Krater.
• Kaldera.

Sinaran suria atau bahangan matahari dipancarkan ke bumi dalam bentuk gelombang eketromagnet yang pendek.

Sinaran bumi atau bahangan bumi di bebaskan ke pada waktu malam dalam bentuk gelombang elektromagnet yang panjang.

Faktor-faktor yang mempengaruhi larian air permukaan:
• Jumlah dan bentuk hujan .
• Faktor geologi.
• Kecerunan.
• Tumbuhan.
• Tindakan manusia.

Komponen sistem bumi:
• Komponen atmosfera.
• Komponen hidrosfera.
• Komponen litosfera.
• Komponen Biosfera.

Faktor yang mempengaruhi keanekaan gunung berapi
• Jenis letusan.
• Jenis bahan.
• Sifat lohong.
• Kuantiti lava.
• Proses gondolan

Proses-proses yang terlibat dalam imbangan haba:
• Serakan.
• Serapan.
• Pantulan.
• Albedo.

Faktor-faktor yang mempengaruhi proses susupan:
• Jumlah liang pore.
• Struktur partikel tanah.
• Saiz dan komposisi partikel tanah.
• Lembapan tanih.
• Litupan tumbuhan.
• Tindakan manusia.
• Faktor geologi.
• Faktor hujan.

Jenis-Jenis Tenaga:
• Tenaga eksogenik.
• Tenaga endogenik.
• Tenaga potensi.
• Tenaga kinetik.
• Tenaga haba.
• Tenaga graviti.
• Tenaga kimia.

Proses luluhawa kimia:
• Larutan.
• Pengkarbonan.
• Hidrolisis.
• Hidrasi.
• Pengoksidaan.
• Chelasi.

Akuifer terbahagi kepada dua jenis iaitu:
• Akuifug.
• Akuiklud.

Ciri-ciri Akuifer:
• Keporosan.
• Ketertelapan.
• Penahan tentu.
• Pekali keterusan.
• Pekali simpanan.

Pemindahan tenaga suria melalui:
• Pengaliran.
• Perolakan.
• Sinaran.

Faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa dalaman:
• Hujan.
• Suhu.
• Kelembapan udara.
• Geologi.
• Biotik.
• Relief.
• Manusia.

Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar:
• Perbezaan latitud
• Perbezaan litupan awan.
• Permukaan bumi yang berbeza.
• Jarak dari laut.
• Sudut zenith matahari.
• Jarak muka bumi dari matahari.
• Tempoh siang dan malam.

Imbangan air bermaksud keseimbangan antara input dengan output air. Imbangan air dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti:
• Jumlah kerpasan khususnya hujan.
• Nilai sejat-peluhan yang dipengaruhi oleh suhu.
• Litupan tumbuhan.
• Lembapan tanih.
• Geologi yang mempengaruhi susupan.
• Tindakan manusia.

Peranan tenaga suria kepada sistem bumi:
• Sistem atmosfera.
• Sistem geomorfologi.
• Sistem hidrologi.
• Sistem ekologi.

Bentuk muka bumi hasil luluhawa kimia:
• Topografi karst
• Grike dan Clint
• Tors dan Inselberg.
• Regolit seperti Tanah laterit dan tanah liat

Kelembapan udara merujuk kepada kandungan wap air yang ada di dalam udara. Kelembapan udara terbahagi kepada:
• Kelembapan mutlak .
• Kelembapan bandingan.
Imbangan air negatif merujuk kepada kemarau manakala imbangan air positif merujuk kepada banjir. Kemarau dan banjir boleh berlaku akibat faktor fizikal dan manusia.

Struktur bumi:
• Kerak bumi.
• Mantel.
• Teras bumi.

Proses luluhawa fizikal:
• Kembang-kecut.
• Basah-kering.
• Tindakan ibun/fros.
• Hablur garam.
• Perlepasan tekanan.

Sejatan ialah proses penukaran air dari cecair atau pepejal kepada wap-wap air. Sejatan dipengaruhi oleh:
• Suhu.
• Tekanan wap.
• Angin.
• Luas permukaan.
• Kemasinan air.

Banjir kilat ialah limpahan air di permukaan dalam jangkamasa yang singkat. Banjir kilat disebabkan oleh:
• Kekurangan permukaan telap air.
• Saliran tidak cekap.
• Kekurangan litupan tumbuhan.
• Penebusgunaan kawasan tanah lembab.
• Aktiviti manusia.

Ciri-ciri batuan:
a) Ciri fizikal meliputi:
• Keras/lembut mineral pembentuk batuan.
• Warna batuan.
• Struktur dan tekstur batuan.
• Rekahan dan ira.
• Keporosan batuan.

b) Ciri kimia batuan:
• Komposisi mineral.
• Kestabilan mineral.
• Darjah mobiliti mineral.

Jenis proses gerakan jisim:
• Aliran lambat.
• Aliran cepat.
• Geluncuran.
• Runtuhan.

Pemeluwapan ialah proses perubahan wap air kepada cecair. Proses pemeluwapan memerlukan tiga syarat berikut:
• Kandungan wap air yang cukup.
• Berlakunya penyejukan hinggan ke bawah takat embun.
• Terdapatnya nukleus pemeluwapan.
Ekosistem terdiri daripada komponen biotik dan abiotik.
Biotik ialah komponen hidupan manakala abiotik ialah komponen bukan hidupan.

Penjenisan batuan:
• Batuan igneus.
• Batuan enapan.
• Batuan metamorfosis.

Langkah mengawal gerakan jisim:
- Perundangan.
- Amalan pengurusan atau kestrukturan.
- Kempen dan pendidikan alam sekitar

Proses pemeluwapan berlaku melalui penyejukan. Terdapat tiga cara penyejukan:
• Penyejukan alir lintang.
• Penyejukan sinaran.
• Penyejukan adiabatik.

Kepentingan ekosistem bakau:
• Menstabilkan muara sungai dan pesisir pantai.
• Mengurangkan hakisan pantai.
• Menapis bahan pencemaran.
• Menjadi habitat.
• Mengekalkan keseimbangan oksigen – karbondioksida.
• Sumber ekonomi penduduk.
• Eko-pelancongan.

Bukti-bukti yang menyokong Teori hanyutan benua:
• Keselanjaran benua.
• Kesamaan geologi.
• Kesamaan fozil.
• Bukti paleomagnet.
• Bukti oseanik.

Jenis-jenis hakisan permukaan:
- Hakisan percikan air hujan.
- Hakisan galur.
- Hakisan galir.

Terdapat tiga jenis hujan di kawasan Tropika Lembab:
• Hujan perolakan.
• Hujan perenggan.
• Hujan bukit atau orografi.

Kesan kemusnahan ekosistem hutan hujan Tropika:
• Kemusnahan habitat dan kepelbagaian biologi.
• Peningkatan suhu mikro.
• Hakisan dan tanah runtuh.
• Pencemaraan air.
• Banjir.

Teori plat tektonik:
• Pertembungan plat.
• Pencapahan plat.


Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar hakisan permukaan:
• Kelebatan hujan dan bentuk hujan.
• Geologi.
• Kecerunan.
• Tumbuhan.

Terdapat tiga daya yang mempengaruhi tiupan angin iaitu:
• Daya cerun tekanan.
• Daya Koriolis.
• Daya geseran.

Lipatan kerak bumi atau proses orogenesis:
• Antiklin atau lintap mungkum.
• Sinklin atau lintap lendut.

Jenis hakisan sungai:
• Menegak (pendalaman alur).
• Mendatar (pelebaran alur)
• Pengunduran (pemanjangan alur)

Cara hakisan sungai:
• Hidraulik.
• Geselan.
• Lagaan.
• Larutan.

Terdapat dua sistem angin dunia iaitu:
• Angin timuran.
• Angin baratan.

Kedua-dua jenis sistem angin ini pula boleh dibahagikan kepada beberapa jenis angin iaitu:
• Angin timuran Tropika.
• Angin baratan.
• Angin timuran kutub.
• Angin monson.

Cara Pengangkutan sungai:
• Golekan.
• Seretan.
• Saltasi.
• Ampaian.
• Larutan.

Siklon Tropika dikenali dengan pelbagai nama seperti; Hurikan, taufan, Wlly- Willies. Siklon Tropika atau ribut tropika boleh bergerak selaju 270 km sejam.

Agen geomorfologi pinggir pantai:
• Ombak.
• Arus pesisir pantai.
• Arus pasang-surut.
• Angin.

El – Nino merujuk kepada peningkatan suhu arus lautan yang boleh mengubah tiupan angin lazim dan juga cuaca menjadi panas. El- Nino seringkali dikaitkan dengan fenomena kemarau manakala La-Nina dikaitkan pula dengan fenomena banjir.

Kesan El- Nino akan berganda apabila bergabung dengan Putaran Selatan Atmosfera. Gabungan ke dua-duanya dikenali sebagai ENSO.

Punca Kesan Rumah Hijau dan Penipisan Lapisan Ozon:
• Perindustrian.
• Pengangkutan.
• Penyahutanan.
• Pembakaran terbuka.
• Ujian nuklear.

Pencemaran udara dirujuk kepada kehadiran bahan pencemar udsara khususnya gas-gas rumah hijau. Manakala Jerebu merujuk kepada kehadiran partikel terampai (PM ten) seperti debu, asap dan habuk di dalam keaadaan udara kering.


Hujan asid merujuk kepada air hujan yang mengandungi tahap keasidan yang tinggi (pH kurang dari 5).
Berlaku apabila bahan-bahan pencemar udara seperti sulfur dioksida, nitrogen dioksida bertindak sebagai nukleus kondensasi mencantumkan wap-wap air menjadi bintik dan titisan air.